Assalamualaikum.. Basic Tagalog Oleh Paraluman S. Aspillera: Review:_ Kemampuan seseorang yang berjaya menguasai bahasa asing sebagai bahasa kedua atau pun ketiga sepatutnya, diberikan pujian dan dijadikan contoh yang baik, kepada orang lain yang turut sama berkeinginan mempunyai kemahiran berbahasa tersebut. Walaupun teknologi canggih pada masa kini telah berjaya menciptakan pelbagai jenis aplikasi translator , bagi memudahkan komunikasi di antara dua pihak yang berlainan bahasa, ianya masih tidak dapat menandingi kelebihan yang dimiliki jika seseorang benar-benar mampu menuturkan sesuatu bahasa itu. Kemampuan bertutur lebih daripada satu jenis bahasa terbukti memberikan banyak kelebihan kepada si penuturnya. Lebih-lebih lagi kepada anda yang berada di luar sana yang hobinya mengembara ke negara orang . Kemampuan menguasai bahasa yang digunakan di tempat anda berada, akan membuatkan masyarakat setempatnya bersikap lebih ramah dan mudah membantu anda kerana anda mampu berca