Langkau ke kandungan utama

Kisah Seram Pendekar Seragam Hitam Membawa Aku Mengembara Ke Alam Ghaib : bahagian 1 (Raja Rimba)

 Kisah Seram Pendekar Seragam Hitam Membawa Aku Mengembara Ke Alam Ghaib : bahagian 1 ( Raja Rimba)









 Assalammualaikum..

Apa khabar para peminat kisah mistik semua?




 Setiap kali lagu popular nyanyian kumpulan Kristal yang berjudul seragam hitam berkumandang di corong radio pastinya aku akan teringat kembali peristiwa yang pernah berlaku kepada diri aku di awal tahun 1997 dahulu.




 Walaupun lagu tersebut tiada kena mengena dengan cerita yang bakal aku sampaikan kepada anda semua, tetapi perkataan 'seragam hitam' itu, sejenak mengingatkan aku pada peristiwa yang benar-benar pernah berlaku sewaktu aku berada di dalam darjah enam dahulu. 




 Masih aku ingat lagi kejadian mistik itu berlaku dua hari selepas aku menyambut ulang tahun aku yang kedua belas tahun. Aku yang pada masa itu mula menanamkan azam untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), sedang sibuk mentelaah pelajaran di rumah.




 Pada malam kejadian aku sebenarnya baru sahaja pulang daripada sekolah selepas menghadiri kelas tuisyen subjek bahasa inggeris. Kelas ini adalah inisiatif pihak sekolah dan guru sekolah sendiri yang diadakan di dewan sekolah pada setiap hari rabu, pukul 8.30 malam sehingga 10.00 malam.




 Tujuan kelas ini diadakan adalah sebagai persediaan awal untuk UPSR yang bakal kami ambil di akhir tahun nanti. Secara jujurnya aku pada mulanya hanya mengikuti kelas tuisyen ini hanya sebagai batu loncatan untuk aku berkumpul dengan rakan-rakan yang lain diluar waktu persekolahan. Rasa seronok pula apabila dapat berjumpa dan berbual dengan kawan-kawan kelas yang lain pada waktu malam, walaupun hanya sekadar seminggu sekali.




 Apabila memikirkan semula kenangan diwaktu itu boleh membuatkan aku tersenyum sendirian. Mana tidaknya, walaupun diawali dengan niat yang tidak betul, akhirnya membuatkan aku jatuh cinta dengan subjek bahasa Inggeris. Cara pengajaran Miss Sri Devi sangat memikat hati aku untuk terus memanfaatkan kelas tuisyen tersebut dengan sebaik-baiknya.




 Untuk pengetahuan anda semua, Miss Sri Devi merupakan satu-satunya guru berbangsa india di sekolah rendah tempat aku belajar. Di sebabkan itu, tuisyen bahasa Inggeris yang telah diadakan itu terpaksa menggabungkan empat buah kelas murid tahun enam sekaligus. Setiap kelas sekurang-kurangnya memiliki 35 orang murid.




 Ini menjadikan kelas Miss Sri Devi adalah kelas yang memiliki paling ramai sekali jumlah murid iaitu melebihi 120 orang apabila kelas tuisyen ini diadakan. Oleh sebab itu dewan sekolah yang agak luas telah dipilih untuk menjadi kelas tuisyen ini.




 Pada malam hari kejadian, selepas sahaja tamat kelas tuisyen bahasa Inggeris aku segera bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Ini kerana pada malam itu aku harus berjalan kaki sendirian untuk pulang.




 Cemburu juga apabila melihatkan rakan-rakan yang lain semuanya pulang dijemput oleh ibu bapa mereka yang sudah siap sedia menunggu di pintu pagar masuk ke kawasan sekolah. 




 Tidak mahu memikirkan sangat hal tersebut, aku terus bergerak pulang ke rumah yang terletak kira-kira 700 meter daripada sekolah aku. Berbekalkan cahaya lampu picit di tangan kanan dan bacaan bismillah aku terus menghayunkan langkah untuk segera pulang.




 Entah mengapa pada malam itu, perasaan aku seakan tidak sedap. Terasa diri bagaikan diekori oleh seseorang, tetapi apabila ditoleh ke belakang aku tidak menemukan apa-apa yang mencurigakan.




 Sesampai sahaja di rumah, aku tidak segera masuk ke dalam. Mengingati pesan orang tua-tua dahulu yang mengingatkan supaya cuci dahulu kaki sebelum melangkah masuk, aku segera mencedok air di dalam tempayan yang memang sengaja diletakkan ditepi tangga halaman rumah dan menjirus kaki aku. Setelah berselawat ke atas nabi, aku pantas masuk ke dalam rumah.




 Ketika masuk ke dalam rumah, aku lihat suasana di dalam sedikit gelap kerana hanya satu lampu di bahagian dapur sahaja yang dinyalakan. Adik-beradik aku bersama mak dan papa telah masuk tidur awal. Aku terus bergerak ke bahagian dapur kerana bilik tidur aku terletak bersebelahan dapur rumah. 




 Setelah meletakkan beg sandang yang aku bawa semasa ke kelas tuisyen tadi di atas meja belajar yang terletak di dalam bilik, aku terus mencapai gelas dan menuangkan air kosong kerana berasa sedikit dahaga. 




 Sewaktu sedang minum itulah mata aku tertumpu kepada bahagian tingkap dapur kerana jika tidak salah aku macam terlihat sekilas bayangan hitam sedang memerhatikan aku. 




 Tidak percaya dengan apa yang telah aku lihat itu, aku menggosok kan kedua-dua belah mata aku dengan telapak tanganku. Kemudian pandangan aku kembali memerhatikan ke arah tingkap dapur.



 "Mungkin aku salah tengok kut.." aku berkata di dalam hati




 Kerana apabila aku kembali memandang ke arah tingkap dapur rumah aku tu, bayangan hitam tersebut sudah tidak kelihatan lagi. Merasakan sedikit lega aku kembali semula ke bilik sesudah mencuci gelas yang aku gunakan untuk minum air tadi.





 Masuk sahaja di dalam bilik aku terus menuju ke meja tulis dan membelek buku tugasan bahasa inggeris yang telah diberikan oleh Miss Sri Devi semasa di kelas tuisyen tadi. Kalau diikutkan sudah seharusnya sampai waktu untuk aku tidur, kerana pada waktu itu jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 11.45 malam. Ini kerana keesokan harinya aku harus bangun lagi untuk bersiap ke sekolah seawal jam 6 pagi.




 Tetapi aku pun tidak tahu mengapa mata aku terasa sangat segar pula pada malam itu. Sedikit pun tidak ada rasa mengantuk. Nak kata aku ada minum kopi tak de pula rasanya. Hmm... pelik juga aku rasakan saat itu, tapi aku sudah bertekad jika jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam, aku tetap akan memaksa diri aku untuk tidur. Kalau tidak... rabak mat besok pagi nak bangun pergi sekolah.





 Sedang aku berkira-kira untuk meneruskan niat untuk memaksa diri untuk tidur, aku terdengar satu suara garau seorang lelaki memberikan salam.



" Assalammualaikum....."


  

 Bagaikan hendak tercabut nyawa aku ketika itu kerana aku berasa sungguh terkejut yang amat sangat. Walaupun kedengaran suara tersebut memberikan salam, aku tahu 'benda' itu bukanlah manusia kerana mana mungkin seorang manusia boleh berada di dalam bilik aku yang berkunci rapat dan tidak kelihatan sosoknya.. hanya kedengaran suaranya.. pantas tangan aku mencapai selimut dan bertindak menyelubung kan diri. Seluruh tubuh badan aku sudah mula menggigil ketakutan. 



" Assalammualaikum, Nak jangan takut.. pak cik tidak berniat jahat..." tenang dan lembut sahaja suara 'lelaki' yang membahasakan dirinya pak cik tersebut berkata kepada diriku.



 
 Mungkin kerana aku mendengarkan suaranya yang tenang membuatkan perasaan aku berasa sedikit tenteram. Sedikit demi sedikit selimut yang aku selubungkan di seluruh tubuh badan aku selak tetapi aku masih tidak dapat melihat apa-apa. Aku pun lantas memberanikan diri bertanya dengan suara yang masih bergetar:

 


 " Pak Cik siapa?? kenapa saya tak nampak apa-apa? Kenapa ikut saya?





 Terketar-ketar aku bertanya kepada suara tersebut dengan soalan yang bertubi-tubi. Sebab pada masa tu aku sudah nekad tak peduli milik siapa pun suara itu aku harus cari tahu kenapa dia mengikuti dan mengganggu aku yang sedang cuba untuk berehat.



" Haahaahaa...."



  suara 'pak cik' yang masih tidak dapat aku lihat mukanya itu tertawa kecil. Mendengarkan suara tersebut tertawa seram pula aku rasakan, aku lantas menarik kembali selimut untuk menutupi seluruh wajahku. Perasaan aku semakin berdebar-debar kerana walaupun tidak dapat melihat, tapi aku dapat merasakan kehadiran ' pak cik ' tersebut yang semakin menghampiri diriku. 



 
 Seketika kemudian dapat aku rasakan hujung kaki aku dipegang. Badan aku semakin seram sejuk dan ketika aku merasakan ingin menjerit meminta tolong suara aku bagaikan tersekat di kerongkong.. puas aku menjerit tetapi tiada satu suara pun yang keluar. Aku cuma mendengar suara 'pak cik' tersebut yang berulang kali meminta aku bertenang.




 " Buka lah mata kamu Nak.. kita sudah sampai! Hahaha"




 Aku yang masih berada dalam keadaan terkejut perlahan-lahan membukakan mataku kerana perasaan ingin tahu aku semakin memuncak apabila diberitahu bahawa kami sudah sampai. Sudah sampai ke mana??



 " Kita ada kat mana ni, pak cik??" 

" Saya Nak Balik Ke rumah, tolong hantar saya balik rumah..




 Aku cuba merayu kepada pak cik itu yang sudah dapat aku lihat dengan jelas wajahnya sejak kami sampai ke tempat yang tidak aku tahu lokasinya itu. Pak cik itu hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa dan mula mengorak kan langkahnya sambil mengisyaratkan supaya aku mengikuti beliau. Bimbang ditinggalkan sendirian di situ aku mula mengekori pak cik tersebut. Di sepanjang perjalanan kami aku dan pak cik tersebut hanya terdiam seribu bahasa. Hanya suara cengkerik dan unggas hutan yang meriah berpesta di dalam kegelapan malam tersebut.




 Namun anehnya walaupun suasana langit kelihatan gelap tanpa kehadiran sebarang cahaya bulan mahupun bintang-bintang yang kebiasaannya menghiasi langit malam, pokok-pokok hutan yang tinggi dan tegak berdiri di kiri dan kanan kami yang menambahkan lagi kegelapan jalan yang kami lalui. Keadaan itu seperti tidak memberikan apa-apa kesan kerana kami tetap mampu berjalan tanpa sebarang halangan. Di hadapan kami berdua seakan terdapat satu jalur cahaya yang membentangkan jalan khas untuk dilalui oleh kami berdua.




 " Namaku Raja Rimba.." 




 Suara pak cik di hadapan aku tiba-tiba bersuara memperkenalkan dirinya kepada aku membuatkan aku tersentak daripada lamunan aku yang sedang memikirkan apalah nasib aku sehingga dibawa berjalan ke dalam hutan di waktu tengah malam begini. 



 " Tapi.. kenapa pak cik bawa saya ke sini??"

" Saya berada dekat mana sekarang ni?????"




Aku mula memberanikan diri aku untuk bertanyakan soalan tersebut kepada pak cik itu yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Rimba itu. Bukannya apa, aku pada masa itu aku sudah mula berasa sedikit bimbang jika aku tidak akan dapat kembali semula ke dunia nyata.



 " Suatu masa nanti kamu akan faham mengapa pak cik bawa kamu ke sini.. 




 Raja Rimba bersuara memberitahu aku. Aku hanya terdiam dan terus berjalan mengikuti beliau. Agak jauh juga perjalanan yang kami tempuhi kerana kaki aku sudah mula berasa lenguh. Walaupun begitu aku terus juga mengekori pak cik Raja Rimba sehinggalah kami sampai di satu kawasan yang menempatkan sebuah rumah yang sangat besar. Jika dilihat dengan teliti binaannya seperti sebuah istana kerajaan Melayu dahulu kala yang pernah aku sendiri saksikan di muzium negeri Melaka. Sejenak aku berasa sangat terpegun akan keindahannya.



 Melangkah masuk melepasi pintu masuk istana milik Pak cik Raja Rimba yang dikawal ketat oleh empat orang pengawal yang sangat kekar tubuh badan mereka, membuatkan aku berasa yakin bahawa Pak cik tersebut memang lah seorang raja di situ. Ini kerana kesemua pengawal tersebut serentak memberikan tunduk hormat kepada pak cik Raja Rimba itu. Aku terus mengikuti ke mana sahaja arah pak cik Raja Rimba tersebut pergi. 



 Ketika melalui kawasan lapang di hadapan istana, dapat aku lihat ramai anak-anak muda sedang berlatih silat di situ. Kesemua mereka kelihatan lebih atau kurang sebaya dengan usia aku. Raut muka mereka begitu serius ketika berlatih. Langsung tiada senyuman terukir dibibir mereka, namun kesemuanya secara serentak segera memberikan tunduk hormat kepada Raja Rimba apabila menyedari akan kehadirannya.



"Ampun, tuanku..."



 Ucap mereka beramai-ramai. Aku kira ada lebih daripada 30 orang. Raja Rimba hanya menganggukkan kepalanya. Namun beliau tidak berhenti melangkah, aku terus mengikuti Raja Rimba sehinggalah kami tiba di hadapan tangga untuk menuju masuk ke dalam istana. 



 
 Melangkah masuk ke dalam istana membuatkan aku terkesima. Semuanya kelihatan terbuat daripada emas. Bertapa indahnya istana milik Raja Rimba itu tidak dapat hendak aku gambarkan dengan kata-kata. Raja Rimba lantas mengarahkan aku duduk di atas sebuah kerusi kayu yang sangat halus buatannya yang terletak di hadapan sebuah singgahsana yang kelihatan terbuat daripada emas dan permata sementara beliau duduk di atas singgahsana miliknya itu di hadapan aku. 



 Raja Rimba mengarahkan pelayan istana menghidangkan minuman kepada aku. Arahan Raja Rimba segera dituruti kerana selang tak berapa lama kemudian seorang dayang istana segera mempersembahkan minuman kepada kami. Alangkah takjub nya aku kerana gelasnya juga terbuat daripada emas. Wajah Raja Rimba kelihatan sangat gembira dan bangga apabila melihatkan reaksi aku.



 " Minumlah Nak, anak ini pasti dahaga kerana perjalanan kita tadi sangat jauh.. minuman ini adalah minuman khas kami yang terbuat daripada madu.."


 Jangan bimbang selamat ujar Raja Rimba sambil meneguk air minuman tersebut untuk membuktikan kebenaran katanya. Melihatkan kejujuran pak cik Raja Rimba aku yang sememangnya berasa teramat dahaga, terus meminumnya. Memang benar minuman itu terasa seperti campuran yang terbuat daripada madu. Terasa segar terus badan aku yang keletihan tadi hilang serta-merta. Sambil minum mata aku melilau ke segenap pelusuk istana, memerhatikan semuanya. Mewahnya, kehidupan Raja Rimba ini.



 "Semua ini boleh jadi milik anak..."



 Raja Rimba yang seakan memahami apa yang sedang aku fikirkan memberitahu aku sambil tersenyum penuh makna...



" Tapi... Ada syaratnya... "



  Aku langsung berpaling kepada Raja Rimba, seraya bertanya:


" Apa syaratnya pak cik?"



 " Syaratnya tidak susah, hanya satu sahaja anak kena bersetuju untuk tinggal di sini dan tidak boleh pulang" 


 Raja Rimba menerangkan. Penerangan itu seakan membuatkan diri aku tersentak. Di dalam hati aku berkata oh, hampir sahaja aku terkena jerat orang tua ini. Jika aku memilih hidup di sini sudah pastilah di dunia nyata aku akan di anggap sudah mati.


 
 Aku lantas beristighfar di dalam hati. Kerana pada ketika itu baru aku mengingati kisah-kisah yang pernah diceritakan semasa aku kecil dahulu tentang misteri kehilangan kanak-kanak di kampung aku yang sehingga kini masih tidak dapat diselesaikan dan tiada siapa yang tahu apakah nasib yang telah menimpa mereka. Mungkinkah mereka juga bertemu dengan Raja Rimba di hadapan aku ini??



 



 
 


 








 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Seram Lucu : Mie... Tolong Akak Ada Hantu Kat Sini !

 Assalamualaikum.. Kisah Seram Lucu : Mie... Tolong Akak Ada Hantu Kat Sini! -   Para pembaca yang dirahmati,  Kebanyakan orang bila sebut sahaja hantu atau cerita seram mistik, kita mesti terbayangkan sesuatu yang hodoh dan menggerikan, betul tak ? Macam mana kalau aku katakan tak semuanya macam tu dan ada juga kisah seram yang lucu. Anda semua tak percaya? Jom teruskan pembacaan anda. foto sekadar hiasan     Anda semua masih ingat lagi tak pada cerita yang lepas di mana aku ada bercerita tentang cerita 'Apek Tua' tanpa wajah tu   ? Peristiwa itu berlaku di pertengahan tahun 2003 .     Pada masa itu aku baru mula bekerja dan kerja pertama aku itu ialah sebagai operator kilang. Untuk pengetahuan anda aku hanya bekerja di kilang tersebut selama setahun, sebelum aku mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada pertengahan tahun 2004.  Keputusan ini terpaksa aku lakukan kerana pada ketika itu, pihak pengurusan kilang telah berpindah tangan. Bos besar yang baru berasal daripa

Kisah Mistik : Apa Yang Tak Kena Dengan Orang Kat Depan Aku Ni Ya? Astaghfirullah!!!!

  Assalammualaikum. Kisah Mistik : Apa Yang Tak Kena Dengan Orang Kat Depan Aku Ni Ya? Astaghfirullah!!!!  Hai, apa khabar semua pembaca blog? Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda di blog aku ini. Aku amat menghargai sokongan daripada anda semua dan aku ucapkan, Terima kasih..  Aku sentiasa berdoa agar kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT. Amin!   Perkara mistik adalah sesuatu perkara yang berlaku, yang kita sendiri tidak dapat jelaskan menggunakan perkataan. Apatah lagi jika ingin menggambarkan sesuatu yang telah berlaku, tanpa bukti kukuh sebagai bahan sokongan. Pasti orang lain sukar mempercayainya.   Tapi... Tak kira sama ada anda mempercayainya atau pun tidak, kes mistik ini terus dilaporkan. Malah, ia tidak terhad kepada wilayah tertentu sahaja tetapi kepada seluruh dunia.    Atas sebab ini, pelbagai kajian saintifik menggunakan peralatan moden seperti EVP dan EMF turut dijalankan untuk membuktikan kesahihannya. Malangnya, segala usaha yang dilakukan tidak m

Kisah Mistik : Apek Tua Tanpa Wajah Mengandar Guni Putih Di Selekoh Maut De' Bana

  Assalamualaikum,   Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca yang telah sudi singgah membaca di blog ini. Semoga anda semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah! Amin.  Para pembaca yang dihormati,   Pada entri hari ini aku ingin meneruskan perkongsian pengalaman Mistik yang pernah aku rasakan sendiri sedikit masa yang lalu. Tujuan aku berkongsikan pengalaman ini hanyalah untuk berbahagi pengalaman dan sebagai bahan informatif sahaja kepada mereka yang memang meminati sesuatu yang misteri dan mistik ini.    Aku di sini sangat yakin bahawa setiap sesuatu perkara yang berlaku itu adalah atas izin Allah , dan ada pelajaran positif yang boleh diambil daripada setiap kejadian, untuk kita jadikan sebagai panduan dalam menjalani kehidupan ini. Semoga Allah akan sentiasa merahmati dan memberkati hidup kita semua. InsyaAllah! foto sekadar hiasan    Kejadian yang tak dapat aku lupakan ini berlaku pada pertengahan tahun 2003 , sewaktu itu aku baru memasuki alam p

Basic Tagalog Oleh Paraluman S. Aspillera : Review

   Assalamualaikum.. Basic Tagalog Oleh Paraluman S. Aspillera: Review:_  Kemampuan seseorang yang berjaya menguasai bahasa asing sebagai bahasa kedua atau pun ketiga sepatutnya, diberikan pujian dan dijadikan contoh yang baik,  kepada orang lain yang turut sama berkeinginan mempunyai kemahiran berbahasa tersebut.   Walaupun teknologi canggih pada masa kini telah berjaya menciptakan pelbagai jenis aplikasi translator , bagi memudahkan komunikasi di antara dua pihak yang berlainan bahasa, ianya masih tidak dapat menandingi kelebihan yang dimiliki jika seseorang benar-benar mampu menuturkan sesuatu bahasa itu.   Kemampuan bertutur lebih daripada satu jenis bahasa terbukti memberikan banyak kelebihan kepada si penuturnya. Lebih-lebih lagi kepada anda yang berada di luar sana yang hobinya mengembara ke negara orang .  Kemampuan menguasai bahasa yang digunakan di tempat anda berada, akan membuatkan masyarakat setempatnya bersikap lebih ramah dan mudah membantu anda kerana anda mampu berca

Kisah Seram Mistik : Papan Ouija? Spirit- Spirit Of The Coin? Apakah Sebenarnya Yang Berlaku Kepada Nur Aurora??

 Assalamualaikum,  Kepada pembaca blog yang dikasihi semua... Terima kasih kerana sudi singgah di blog aku ini, terima kasih juga atas sokongan anda semua yang tidak berbelah bahagi terhadap blog ini. Kisah Seram Mistik : Papan Ouija? Spirit - Spirit Of The Coin? Apakah Sebenarnya Yang Berlaku Kepada Nur Aurora??:_    Sebentar tadi selepas sahaja mengepos entry terbaru aku di blog, ingatkan nak relax-relax sekejap la. Sambil aku duk relax tu tangan aku pun sibuk scroll handphone , cadangnya nak cari papan landas yang baru. Papan landas lama kat dapur aku tu dah uzur sangat keadaannya. Jadi aku pun taip la papan landas sebagai kata kuncinya untuk aku dapatkan pilihan yang terbaik. Tapi , salah satu search results yang keluar tu amat menarik perhatian aku. Tertera di layar telefon aku  itu ' papan ouija '.   Berderau darah aku ni rasanya. Aku tak sangka ada juga orang yang berani menjualnya. Sebelum tu ada baiknya aku menjelaskan secara ringkas apakah dia ni ' papan oui