Langkau ke kandungan utama

Kisah Seram! " Cikgu... Kenapa Dengan Milah Tu?? "

   Assalamualaikum.

Hai.. apa khabar pembaca blog semua?

 Kemerduan vokal serak basah milik Ratu Rock negara, Ella memang tidak dapat disangkalkan lagi. Keunikan suara yang dimiliki Ella ini tiada duanya. Berilah apa sahaja jenis lagu kepadanya, pasti hasilnya tidak akan pernah mengecewakan. 


 Eh, kejap.. kejap.. penulis ni nak cerita kisah penyanyi Ella ke? Kisah seram ni??


" Hahaha.. sabarlah sekejap. Baiklah, izinkan aku menyambung semula penceritaan kisah seram aku ni.. boleh? "



 Kelantangan suaranya ketika menjayakan Konsert Jilid Akhir : Ella Puteri Kota, pada bulan Jun 2023 yang lalu di Axiata Arena Bukit Jalil, telah memukau dan masih bergema lagi dalam kepala aku ni. Memang puas hati, apabila dapat melihat sendiri ' the still Living Legend ' ini beraksi.



 Paling tidak dapat aku lupakan apabila di awal pembukaan konsert Ella itu dimulakan dengan lagu ulek mayang, tiba-tiba membuatkan semua bulu tengkuk aku ini meremang. 


 Seram sejuk seluruh badan ini aku rasakan. Walaupun lagu ini dinyanyikan dalam versi yang lebih moden; rock. Perasaan seram itu memang aku masih tidak dapat nak buangkan.


foto sekadar hiasan 


  Sedikit info ringkas, lagu ulek mayang ini memang sangat popular dalam tarian tradisional melayu, Negeri Terengganu. Ulek mayang juga dikatakan merupakan sebuah tarian persembahan yang dilakukan dalam upacara rawatan kuno. Malah lagu ini juga dikatakan mengandungi unsur-unsur pemujaan di dalamnya. Pada aku lagu ulek mayang ini sebenarnya sangat indah, diiringi pula dengan alatan muzik seperti gendang, gong, biola dan akordion.



 Kalau benar indah, mengapa pula boleh sampai membuatkan aku meremang bulu tengkuk dan rasa seram sejuk?


Begini kisahnya....


  Pernah suatu ketika dahulu, sewaktu aku berada dalam darjah empat, sekolah aku ni telah mengadakan satu pertandingan pencarian bakat sekolah. Sesiapa yang memenangi pertandingan ini nanti, boleh menjadi wakil sekolah kami untuk bertanding dengan sekolah-sekolah yang lain pula.



  Bagi yang berminat untuk masuk bertanding, kami murid-murid bebas untuk memilih sama ada untuk menyanyi, menari, berlakon atau hendak melakukan ketiga-tiganya sekali pun dipersilakan. Murid-murid semua termasuk dengan aku sekali memang rasa teruja sangatlah  pada ketika itu.



  Kalau anda nak tahu, aku dan rakan-rakan aku pun turut sama mengambil bahagian... Ehem, saja nak memeriahkan acara kata orang. Selain kami ada lagi lima buah kumpulan lain-lain kategori. Kalau tak silap aku ada seorang peserta solo, yang memilih nyanyian. Kami diberi masa dua minggu untuk berlatih sebelum hari pertandingan.



 Kami semua para peserta yang mengambil bahagian kebiasaannya akan mengadakan latihan selepas tamat sesi persekolahan. Kebiasaannya aku dan rakan-rakan aku akan pulang dahulu ke rumah untuk mandi dan makan tengahari. 



 Selepas itu kami akan sama-sama berjalan kaki semula ke sekolah untuk sesi latihan untuk pertandingan nanti. Kumpulan kami memilih untuk membuat lakonan. Kami memilih untuk mengadakan latihan dalam sebuah kelas yang memang kosong.



 Kelas kosong yang kami gunakan untuk berlatih ini terletak bersebelahan dengan dewan sekolah yang bakal digunakan pada hari pertandingan ini diadakan nanti. Setiap kali kami tiba semula di sekolah untuk sesi latihan, pasti kami akan melintasi di hadapan bangunan dewan sekolah ini. 



 Dewan sekolah ini pula, telah digunakan oleh peserta-peserta yang memilih untuk melakukan persembahan tarian kerana keluasannya. Mereka kumpulan-kumpulan yang memilih untuk melakukan tarian akan bergilir-gilir untuk menggunakan dewan ini. Ada sebanyak tiga buah kumpulan yang memilih untuk membuat persembahan tarian untuk pertandingan ini.



 Di antara ketiga-tiga kumpulan itu, kumpulan kak Milah lah yang paling aku sukai sekali. Setiap kali mereka berlatih, lagu yang dimainkan untuk mengiringi persembahan tarian mereka terdengar sangat mengasyikkan.



 Kak Milah murid tahun enam, cantik orangnya. Setiap kali berkesempatan pasti aku akan mencuri dengar dan melihat. Bukan kak Milahnya.. persembahan tarian ulek mayang yang mereka tengah berlatih tu. Haha..







  Seminggu sebelum hari pertandingan tiba, ketika kumpulan kami sedang mengadakan sesi latihan, kami di kejutkan dengan suara seorang murid perempuan berteriak-teriak sambil meminta tolong.




  " Tolongg... Tolonggg.."

 
"Cikgu... Tolong .. Tak tau kenapa dengan Milah tu.. "




 beritahu murid tahun enam itu kepada seorang guru yang kebetulan, memang menuju ke arah dewan berkenaan setelah mendengar kekecohan yang berlaku. Tanpa menunggu dengan lebih lama, guru tersebut terus melajukan langkahnya ke arah dewan sekolah . Aku dan rakan-rakan mengekori dari belakang. Masing-masing dihimpit dengan satu pertanyaan, apakah yang telah terjadi kepada kak Milah?




🟥 Apakah yang telah berlaku pada kak Milah??


 
Setelah kami melangkah masuk ke dalam dewan, lagu ulek mayang yang aku gemari tu masih terpasang daripada sebuah radio yang digunakan. (Zaman aku dulu masih guna kaset ya). Nun... di atas pentas pula kami dapat melihat kak Milah berseorangan, sedang menari dengan asyik mengikut lagu ulek mayang tersebut. 




 Lagaknya memang ibarat sang puteri zaman dahulu kala menari. Jari-jarinya pun kelihatan lembut sahaja meliuk mengikut rentak lagu. Dia seakan dirasuk dengan tarian itu. Tiada siapa yang berani nak naik untuk menutup radio yang diletakkan di atas pentas, bersebelahan dengan kak Milah.



 Sedang kak Milah yang seakan dirasuk menari itu, menari dengan penuh asyik, tiba-tiba...  sahaja kak Milah ketawa mengilai sambil meneruskan tariannya. 



 Apalagi habis berlari lah kawan-kawan kumpulannya bersama murid-murid dari kumpulan menari yang lain keluar dewan. Hanya tinggal aku, rakan-rakan aku dan cikgu Zamri yang masih kekal berada di dalam dewan. Tidak takutkah kami? Mahunya tidak! 




Tapi walaupun aku merasa sangat seram masa tu, perasaan ingin tahu aku telah mengatasi segalanya. Kami memilih untuk berdiri berhampiran dengan pintu keluar dewan, untuk memantau keadaan sambil menunggu kedatangan ustaz Rahmat yang kebetulan telah pulang ke rumah, kerana ustaz Rahmat mengajar pelajar sesi pagi. Aku masih ingat lagi ketika itu, jam didewan menunjukkan pukul 3.45petang.



 Ketibaan ustaz Rahmat tidak lama selepas itu memang benar-benar membawa rahmat lah kata orang. Kerana ketika itu, lagu ulek mayang telah habis diputarkan oleh radio kaset.



 Walaupun telah tamat lagu tersebut, kak Milah kami lihat masih terus menari sambil kepalanya pula digoyang-goyangkan ke kiri dan ke kanan. Kasihan pula kami melihatkan keadaan kak Milah yang sudah kelihatan kepenatan menari.



 Ustaz Rahmat bersama cikgu Zamri dan dua orang guru perempuan telah naik ke atas pentas dan memberi salam. Dapat aku dengar ustaz Rahmat membacakan ayat-ayat suci Al-Qur'an. 



 Kak Milah yang tadinya ketawa mengilai-mengilai, kini berguling-guling pula di atas lantai pentas, langsung dipegang tangan dan kakinya. Dalam keadaan dirasuk itu, kak Milah berteriak dan menangis teresak-esak, pula sambil mengatakan,



 " Aku nak balik!!!!Aku nak balik!!!!!"


 
 Disingkatkan ceritanya, akhirnya kak Milah telah dipulihkan dengan izin Allah oleh ustaz Rahmat. Peristiwa ini telah lama sangat berlaku, banyak nama orang yang terlibat pun aku dah ingat-ingat lupa. Tapi, seingat aku pertandingan tetap diteruskan tetapi kumpulan kak Milah telah menarik diri daripada bertanding. 



 Alasannya ayah kepada kak Milah, pak cik Seman tak mengizinkan kak Milah untuk bertanding. Oh, ya.. aku dan ahli kumpulan aku tetap masuk bertanding. Kami telah mendapat tempat keempat dalam pertandingan ini. Sahajalah nak beritahu, haha..



 Para pembaca blog yang dihormati,

 
 Aku menulis cerita ini dengan niat hanya untuk berkongsi cerita pengalaman peribadi. Tiada niat untuk membuka aib sesiapa atau pun memburuk-burukkan nama tarian tradisional kegemaran aku ini.



 Seperti kata aku dipermulaan cerita ini, aku sukakan lagu ulek mayang ini tapi setiap kali lagu ini tiba-tiba muncul di fikiran, hati aku terus berzikir Allahuakbar! berulang kali. Mungkin perasaan seram terhadap lagu ini susah aku nak padamkan dari ingatan, disebabkan pengalaman silam.



 Akhir kata sebelum aku mengakhiri tulisan aku pada kali ini, ingin sekali aku berpesan : 


" Berhibur itu tiada salahnya tapi jangan sampai kita melupakan Allah "



 Aku harapkan anda semua telah terhibur dengan penceritaan aku dan ampun maaf di atas segala kekurangan. Jika anda anda sebarang pertanyaan, jangan malu dan segan untuk meninggalkan pesanan di kolum komentar. 


 Semoga kita bertemu lagi disiaran yang akan datang. Assalamualaikum!








 

 



 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Seram Lucu : Mie... Tolong Akak Ada Hantu Kat Sini !

 Assalamualaikum.. Kisah Seram Lucu : Mie... Tolong Akak Ada Hantu Kat Sini! -   Para pembaca yang dirahmati,  Kebanyakan orang bila sebut sahaja hantu atau cerita seram mistik, kita mesti terbayangkan sesuatu yang hodoh dan menggerikan, betul tak ? Macam mana kalau aku katakan tak semuanya macam tu dan ada juga kisah seram yang lucu. Anda semua tak percaya? Jom teruskan pembacaan anda. foto sekadar hiasan     Anda semua masih ingat lagi tak pada cerita yang lepas di mana aku ada bercerita tentang cerita 'Apek Tua' tanpa wajah tu   ? Peristiwa itu berlaku di pertengahan tahun 2003 .     Pada masa itu aku baru mula bekerja dan kerja pertama aku itu ialah sebagai operator kilang. Untuk pengetahuan anda aku hanya bekerja di kilang tersebut selama setahun, sebelum aku mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada pertengahan tahun 2004.  Keputusan ini terpaksa aku lakukan kerana pada ketika itu, pihak pengurusan kilang telah berpindah tangan. Bos besar yang baru berasal daripa

Kisah Mistik : Apa Yang Tak Kena Dengan Orang Kat Depan Aku Ni Ya? Astaghfirullah!!!!

  Assalammualaikum. Kisah Mistik : Apa Yang Tak Kena Dengan Orang Kat Depan Aku Ni Ya? Astaghfirullah!!!!  Hai, apa khabar semua pembaca blog? Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda di blog aku ini. Aku amat menghargai sokongan daripada anda semua dan aku ucapkan, Terima kasih..  Aku sentiasa berdoa agar kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT. Amin!   Perkara mistik adalah sesuatu perkara yang berlaku, yang kita sendiri tidak dapat jelaskan menggunakan perkataan. Apatah lagi jika ingin menggambarkan sesuatu yang telah berlaku, tanpa bukti kukuh sebagai bahan sokongan. Pasti orang lain sukar mempercayainya.   Tapi... Tak kira sama ada anda mempercayainya atau pun tidak, kes mistik ini terus dilaporkan. Malah, ia tidak terhad kepada wilayah tertentu sahaja tetapi kepada seluruh dunia.    Atas sebab ini, pelbagai kajian saintifik menggunakan peralatan moden seperti EVP dan EMF turut dijalankan untuk membuktikan kesahihannya. Malangnya, segala usaha yang dilakukan tidak m

Kisah Mistik : Apek Tua Tanpa Wajah Mengandar Guni Putih Di Selekoh Maut De' Bana

  Assalamualaikum,   Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca yang telah sudi singgah membaca di blog ini. Semoga anda semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah! Amin.  Para pembaca yang dihormati,   Pada entri hari ini aku ingin meneruskan perkongsian pengalaman Mistik yang pernah aku rasakan sendiri sedikit masa yang lalu. Tujuan aku berkongsikan pengalaman ini hanyalah untuk berbahagi pengalaman dan sebagai bahan informatif sahaja kepada mereka yang memang meminati sesuatu yang misteri dan mistik ini.    Aku di sini sangat yakin bahawa setiap sesuatu perkara yang berlaku itu adalah atas izin Allah , dan ada pelajaran positif yang boleh diambil daripada setiap kejadian, untuk kita jadikan sebagai panduan dalam menjalani kehidupan ini. Semoga Allah akan sentiasa merahmati dan memberkati hidup kita semua. InsyaAllah! foto sekadar hiasan    Kejadian yang tak dapat aku lupakan ini berlaku pada pertengahan tahun 2003 , sewaktu itu aku baru memasuki alam p

Basic Tagalog Oleh Paraluman S. Aspillera : Review

   Assalamualaikum.. Basic Tagalog Oleh Paraluman S. Aspillera: Review:_  Kemampuan seseorang yang berjaya menguasai bahasa asing sebagai bahasa kedua atau pun ketiga sepatutnya, diberikan pujian dan dijadikan contoh yang baik,  kepada orang lain yang turut sama berkeinginan mempunyai kemahiran berbahasa tersebut.   Walaupun teknologi canggih pada masa kini telah berjaya menciptakan pelbagai jenis aplikasi translator , bagi memudahkan komunikasi di antara dua pihak yang berlainan bahasa, ianya masih tidak dapat menandingi kelebihan yang dimiliki jika seseorang benar-benar mampu menuturkan sesuatu bahasa itu.   Kemampuan bertutur lebih daripada satu jenis bahasa terbukti memberikan banyak kelebihan kepada si penuturnya. Lebih-lebih lagi kepada anda yang berada di luar sana yang hobinya mengembara ke negara orang .  Kemampuan menguasai bahasa yang digunakan di tempat anda berada, akan membuatkan masyarakat setempatnya bersikap lebih ramah dan mudah membantu anda kerana anda mampu berca

Kisah Seram Pendekar Seragam Hitam Membawa Aku Mengembara Ke Alam Ghaib : bahagian 1 (Raja Rimba)

  Kisah Seram Pendekar Seragam Hitam Membawa Aku Mengembara Ke Alam Ghaib : bahagian 1 ( Raja Rimba)  Assalammualaikum.. Apa khabar para peminat kisah mistik semua?  Setiap kali lagu popular nyanyian kumpulan Kristal yang berjudul seragam hitam berkumandang di corong radio pastinya aku akan teringat kembali peristiwa yang pernah berlaku kepada diri aku di awal tahun 1997 dahulu.  Walaupun lagu tersebut tiada kena mengena dengan cerita yang bakal aku sampaikan kepada anda semua, tetapi perkataan 'seragam hitam' itu, sejenak mengingatkan aku pada peristiwa yang benar-benar pernah berlaku sewaktu aku berada di dalam darjah enam dahulu.   Masih aku ingat lagi kejadian mistik itu berlaku dua hari selepas aku menyambut ulang tahun aku yang kedua belas tahun. Aku yang pada masa itu mula menanamkan azam untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), sedang sibuk mentelaah pelajaran di rumah.  Pada malam kejadian aku se