Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2024

Kisah Seram Lucu : Mie... Tolong Akak Ada Hantu Kat Sini !

 Assalamualaikum.. Kisah Seram Lucu : Mie... Tolong Akak Ada Hantu Kat Sini! -   Para pembaca yang dirahmati,  Kebanyakan orang bila sebut sahaja hantu atau cerita seram mistik, kita mesti terbayangkan sesuatu yang hodoh dan menggerikan, betul tak ? Macam mana kalau aku katakan tak semuanya macam tu dan ada juga kisah seram yang lucu. Anda semua tak percaya? Jom teruskan pembacaan anda. foto sekadar hiasan     Anda semua masih ingat lagi tak pada cerita yang lepas di mana aku ada bercerita tentang cerita 'Apek Tua' tanpa wajah tu   ? Peristiwa itu berlaku di pertengahan tahun 2003 .     Pada masa itu aku baru mula bekerja dan kerja pertama aku itu ialah sebagai operator kilang. Untuk pengetahuan anda aku hanya bekerja di kilang tersebut selama setahun, sebelum aku mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada pertengahan tahun 2004.  Keputusan ini terpaksa aku lakukan kerana pada ketika itu, pihak pengurusan kilang telah berpindah tangan. Bos besar yang baru berasal daripa

Kisah Mistik : Apa Yang Tak Kena Dengan Orang Kat Depan Aku Ni Ya? Astaghfirullah!!!!

  Assalammualaikum. Kisah Mistik : Apa Yang Tak Kena Dengan Orang Kat Depan Aku Ni Ya? Astaghfirullah!!!!  Hai, apa khabar semua pembaca blog? Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda di blog aku ini. Aku amat menghargai sokongan daripada anda semua dan aku ucapkan, Terima kasih..  Aku sentiasa berdoa agar kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT. Amin!   Perkara mistik adalah sesuatu perkara yang berlaku, yang kita sendiri tidak dapat jelaskan menggunakan perkataan. Apatah lagi jika ingin menggambarkan sesuatu yang telah berlaku, tanpa bukti kukuh sebagai bahan sokongan. Pasti orang lain sukar mempercayainya.   Tapi... Tak kira sama ada anda mempercayainya atau pun tidak, kes mistik ini terus dilaporkan. Malah, ia tidak terhad kepada wilayah tertentu sahaja tetapi kepada seluruh dunia.    Atas sebab ini, pelbagai kajian saintifik menggunakan peralatan moden seperti EVP dan EMF turut dijalankan untuk membuktikan kesahihannya. Malangnya, segala usaha yang dilakukan tidak m

Kisah Seram! " Cikgu... Kenapa Dengan Milah Tu?? "

   Assalamualaikum. Hai.. apa khabar pembaca blog semua?  Kemerduan vokal serak basah milik Ratu Rock negara, Ella memang tidak dapat disangkalkan lagi. Keunikan suara yang dimiliki Ella ini tiada duanya. Berilah apa sahaja jenis lagu kepadanya, pasti hasilnya tidak akan pernah mengecewakan.    Eh, kejap.. kejap.. penulis ni nak cerita kisah penyanyi Ella ke? Kisah seram ni?? " Hahaha.. sabarlah sekejap. Baiklah, izinkan aku menyambung semula penceritaan kisah seram aku ni.. boleh? "  Kelantangan suaranya ketika menjayakan Konsert Jilid Akhir : Ella Puteri Kota, pada bulan Jun 2023 yang lalu di Axiata Arena Bukit Jalil, telah memukau dan masih bergema lagi dalam kepala aku ni. Memang puas hati, apabila dapat melihat sendiri ' the still Living Legend ' ini beraksi.  Paling tidak dapat aku lupakan apabila di awal pembukaan konsert Ella itu dimulakan dengan lagu ulek mayang , tiba-tiba membuatkan semua bulu tengkuk aku ini meremang.   Seram sejuk seluruh badan ini aku ra

Merdeka! Dari Hati Malaya 1957 Seorang Rakyat Jelata

  Assalamualaikum,   Kepada pembaca blog yang disayangi,     Rasanya masih belum terlambat lagi buat diri aku untuk mengambil kesempatan ini, mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 tahun. Malaysia Madani : Jiwa Merdeka.   Buat pengetahuan anda semua, bila tiba sahaja hari merdeka, aku pasti teringatkan kenangan lalu sewaktu menonton wayang 1957: Hati Malaya di tahun 2007 dahulu. Filem hebat arahan sutradara Suhaimi Baba dan dibintangi oleh barisan pelakon berbakat besar seperti Rusdi Ramli, Maya Karin, Sharifah Amani dan Adlin Aman Ramli masih segar dalam ingatan aku.   Rasanya filem itulah yang menjadi pencetus atau pun 'turning point' kepada diri aku untuk menghayati dan meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia ini pada setiap tahun. Jika sebelum itu, aku sekadar menyambutnya sebagai hari cuti umum biasa sahaja. Tanpa ada makna apa-apa. Filem ini memberikan sejuta makna kepada diriku. Jalur gemilang kebanggaan rakyat Malaysia    Tahniah! aku ucapkan ke