Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Mistik: Arwah Atuk Memperkenalkan Aku Kepada Tetamu Yang Tidak Dapat Dilihat

  Assalamualaikum.

 Hai, apa khabar pembaca blog semua? 


Pengalaman Mistik : Arwah Atuk Memperkenalkan Aku Kepada Tetamu Yang Tidak Dapat Dilihat:_

Aku doakan anda sentiasa sihat dan ceria selalu hendaknya. Jika ada yang rasa kurang sihat tu, ha.. cepat-cepat lah pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Bukan apa, dalam dunia hari ini sukar untuk diramalkan apa saja penyakit yang kita alami. Oleh itu rujuk lah segera pada yang pakar.


     Ok, Ceritanya....

  Semalam ketika sedang asyik bersembang dengan adik aku Iwan, entah macam mana bolehlah pula kami terbuka topik tentang gangguan-gangguan mistik paranormal.


 Walaupun cerita kami tidaklah sehebat mana pun seperti cerita catatan pengalaman dalam buku Siri Bercakap Dengan Jin hasil nukilan penulis yang terkenal Tamar Jalis, namun setidaknya kami berasa bersyukur juga diberikan peluang dan izin daripada Allah untuk merasakannya sendiri. 


 Dalam hal ini bukanlah seberapa kecilnya atau besar sesebuah pengalaman itu yang sepatutnya dinilai, namun pengalaman itulah sendiri yang menjadikannya ia berharga kerana tidak semua orang diberikan kesempatan untuk merasainya sendiri. Tak gitu?

foto kredit kepada pexel.com


 

  Secara jujurnya aku juga merupakan salah seorang daripada peminat Tamar Jalis ni. Bagi aku beliau merupakan seorang penulis yang berbakat besar. Kisah yang beliau lakarkan sememangnya berkesan dihati.


 Membacakan cerita-cerita yang beliau tulis membuatkan diri kita berasa seolah-olah sedang turut sama berada di dalam cerita yang dibaca. Begitu hebat dan terkenalnya karya Tamar Jalis ini sehinggakan ianya pernah diangkat menjadi satu siri drama televisyen di TV3 satu ketika dahulu. Memang seru dan mantap sangat.


 Merasa termotivasi dengan hasil karya beliau lalu aku pun mengambil keputusan untuk berkongsi pengalaman aku sendiri di blog aku ini dengan para pembaca semua. Aku yakin ramai dikalangan para pembaca semua yang pernah mengalami pengalaman mistik atau pun peristiwa yang tidak dapat dijelaskan menggunakan logik akal.


 Jika benar ada marilah share dengan aku di ruangan komentar. Bolehlah kita sama-sama berkongsi dan berbahagi pengalaman.


  Baiklah, berbalik semula pada cerita aku ni tadi. Aku masih ingat lagi pada masa itu, aku baru berpindah sekolah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai. Alasan aku berpindah sekolah pada masa itu adalah kerana aku berpindah tinggal bersama arwah atuk dan uwan.


 Mereka hanya tinggal berdua sahaja masa tu, jadi kehadiran aku memanglah sangat dialu-alukan. Sebenarnya dirumah atuk di Kampung Temeris, Bahau inilah tempat aku dilahirkan, sebelum papa dan mak aku berpindah ke Felda Lui Selatan di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. 


  Kehidupan kami pada masa itu sangat bahagia, memang lah tidak mewah seperti orang lain tetapi Alhamdulillah, kehidupan kami cukup makan dan pakai. Arwah atuk merupakan seorang pesara tentera manakala arwah uwan aku seorang suri rumah sepenuh masa.

 

 Seingat aku, apabila mengenangkan kembali kenangan kehidupan bersama arwah, aku terasa sangat bahagia. Mereka melayan aku dengan tersangat baik.


 Walaupun kami hidup dalam keadaan yang serba sederhana, arwah atuk aku selalu cuba memenuhi semua keperluan persekolahan aku. Jasa dan pengorbanan mereka tidak akan pernah aku lupakan untuk seumur hidup.


 Arwah atuk aku ni ialah seorang yang sangat dihormati di kampung kami kerana beliau merupakan seorang ketua kampung sejak kampung ini mula dibuka dahulu.


Baca Juga Kisah Seram! Tangan Misteri Menarik Kaki Aku Di Dalam Sungai


  Selain itu, dengan izin Allah, arwah atuk juga pandai mengubat orang yang ada masalah dalam rumah tangga. Ini kerana banyak kes yang melibatkan kes-kes pasangan yang hampir bercerai, dengan izin Allah tak jadi bercerai apabila diubati oleh beliau. 


 Namun satu hal yang paling aku respect tentang arwah atuk aku ini ialah beliau sangat menjaga solatnya. Masuk sahaja waktu solat beliau akan segera meninggalkan sebarang pekerjaan yang sedang dilakukannya untuk segera menunaikan solat. Tidak bertangguh-tangguh. 


 Terkadang kala belum lagi masuk waktu solat pun, arwah atuk sudah bersiap sedia menunggu di tikar sejadah membaca Al-Quran, sambil menunggu masuknya waktu solat.


  Pada satu hari, kalau tak silap aku di pertengahan tahun 2000, ketika itu aku pulang ke rumah daripada sekolah, aku melintasi di hadapan bilik tidur arwah atuk aku tu. Pintu biliknya tidak tertutup rapat, jadi aku dapat melihat dengan jelas atuk aku yang pada ketika itu sedang berbaring dan berselimut. 


 Beliau sedang bercakap-cakap dengan seseorang, namun yang PELIK nya aku tidak mendengar langsung suara orang yang sedang berbual dengan arwah atuk aku tu.


 Walaupun berasa sedikit pelik pada masa tu, takde lah pula aku memikirkan yang bukan-bukan. Mungkin juga pada masa itu aku berasa sedikit keletihan kerana baru pulang daripada sekolah. Tanpa menaruh sebarang rasa curiga, aku teruskan melangkah ke bilik aku yang terletak di bahagian belakang rumah berhampiran dapur. 


 Setelah menegur uwan dan mak ngah yang kebetulan berada di meja makan, aku terus membuka pintu bilik aku untuk menukar pakaian.


  Setelah selesai menukar pakaian sekolah, aku yang sedikit kelaparan bercadang nak join uwan dan mak ngah di meja makan. Biasalah kan baru balik dari sekolah perut memang akan terasa lapar. 


 Tambahan lagi aku berkayuh basikal ke sekolah dengan jarak perjalanan yang agak lumayan jauh juga, hampir lima kilometer daripada rumah atuk aku tu. Namun, sewaktu mahu melangkah keluar daripada bilik aku terdengar suara atuk aku memanggil namaku untuk segera datang ke biliknya. 


 Jadi aku menangguhkan sementara hajat dihati untuk makan tengahari dan segera menuju ke bilik atuk.


  Setelah aku tiba di hadapan bilik arwah atuk, aku menjengahkan kepala aku ke arah atuk aku dan bertanya,


 " atuk panggil Imi? 


Arwah atuk hanya tersenyum ke arah aku dan memperkenalkan aku kepada para tetamunya namun tidak pula aku diperkenalkan kepada tamunya. Mata aku segera melilau ke seluruh penjuru bilik, kerana demi Allah aku tidak melihat sesiapa pun di dalam bilik atuk aku tu.

 

 Siap aku gosok-gosok kan kedua-dua belah mata aku ni apabila mendengarkan suara atuk aku yang terus berkata,


 " ni cucu den, anak si Ujang" 


 ujar atukku ke arah hadapan beliau seolah-olah sedang memberitahu seseorang. Hati aku mula tak rasa tak sedap kerana seseorang itu aku tidak dapat melihatnya. Terketar juga kaki aku rasakan pada saat tu.


  Melihatkan keadaan aku yang senyap, arwah atuk aku hanya tersenyum dan meminta aku ke dapur untuk mengambil satu jag air putih bersama dengan empat gelas untuk tetamu katanya.

 

 Aku yang masih memproses situasi yang sedang berlaku tanpa berlengah terus melangkah pergi ke dapur untuk memenuhi permintaan atuk. Sewaktu melangkah kembali ke bilik atuk bersama air dan gelas yang diminta, aku tanpa berlengah meletakkannya di atas meja kecil di sebelah katil atuk. 


 Aku tak tunggu lama, terus sahaja keluar daripada bilik atuk aku selepas menunaikan permintaannya.


  Selepas keluar daripada bilik atuk, aku segera join uwan dan mak ngah aku di dapur. Nasi di pinggan aku kuis-kuis sahaja sambil cuba memproses apakah yang sedang berlaku sebentar tadi di bilik atuk??



Baca Juga Kisah Seram Mistik : Papan Ouija? Spirit-Spirit Of The Coin? Apakah Sebenarnya Yang Berlaku Kepada Nur Aurora??


 Melihatkan aku yang seakan-akan tidak berselera, mak ngah aku segera bertanyakan apakah aku sihat? Kerana katanya muka aku kelihatan pucat, kalau di toreh pun tak berdarah. Dengan gugup aku terus bercerita kepada uwan dan mak ngah apa yang baru sahaja berlaku.


  Apa yang membuatkan aku lebih terkejut ialah mereka langsung tidak merasa pelik dengan apa sahaja yang aku ceritakan. Mak ngah hanya menjawab, 



" kawan atuk ekau datang melawat la tu".


 Kawan mana pulak? Kenapa aku tak dapat melihatnya? Walaupun banyak persoalan yang bermain di fikiran aku waktu tu, aku seakan tak berdaya nak bertanya apa-apa kepada mereka. Keesokan harinya aku tidak ke sekolah sebab aku demam. Kesian kat aku.


  Kini sudah lebih daripada dua puluh tahun peristiwa itu berlaku, namun ianya masih segar di dalam lipatan kenangan. 


 Sehingga kini aku masih tidak mengetahui siapakah gerangan kawan arwah atuk yang melawatnya. Hati aku sehingga sekarang masih tertanya-tanya apakah yang berlaku?


 Aku hanya menerima itu sebagai kehendak Allah yang mengkehendaki ianya berlaku. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Aku tetap bersangka baik. Kejadian itu, mengukuhkan lagi kepercayaan aku kepada kekuasaan Allah yang menjadikan perkara-perkara ghaib.


 Agak-agaknya ada tak di antara pembaca semua mengetahui, apakah perkara yang terjadi kepada aku itu? Atau pernah tak anda semua mengalami peristiwa yang sama macam yang aku pernah alami ini??


 Bolehlah share dengan aku cerita pengalaman anda dengan aku pula. Aku pun berminat hendak mendengar cerita anda.


  Akhir kata, kepada para pembaca yang telah sudi membacakan kisah pengalaman ini, aku ucapkan terima kasih. Semoga kita berjumpa lagi di post yang akan datang. 






 


  



 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Seram Lucu : Mie... Tolong Akak Ada Hantu Kat Sini !

 Assalamualaikum.. Kisah Seram Lucu : Mie... Tolong Akak Ada Hantu Kat Sini! -   Para pembaca yang dirahmati,  Kebanyakan orang bila sebut sahaja hantu atau cerita seram mistik, kita mesti terbayangkan sesuatu yang hodoh dan menggerikan, betul tak ? Macam mana kalau aku katakan tak semuanya macam tu dan ada juga kisah seram yang lucu. Anda semua tak percaya? Jom teruskan pembacaan anda. foto sekadar hiasan     Anda semua masih ingat lagi tak pada cerita yang lepas di mana aku ada bercerita tentang cerita 'Apek Tua' tanpa wajah tu   ? Peristiwa itu berlaku di pertengahan tahun 2003 .     Pada masa itu aku baru mula bekerja dan kerja pertama aku itu ialah sebagai operator kilang. Untuk pengetahuan anda aku hanya bekerja di kilang tersebut selama setahun, sebelum aku mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada pertengahan tahun 2004.  Keputusan ini terpaksa aku lakukan kerana pada ketika itu, pihak pengurusan kilang telah berpindah tangan. Bos besar yang baru berasal daripa

Kisah Mistik : Apa Yang Tak Kena Dengan Orang Kat Depan Aku Ni Ya? Astaghfirullah!!!!

  Assalammualaikum. Kisah Mistik : Apa Yang Tak Kena Dengan Orang Kat Depan Aku Ni Ya? Astaghfirullah!!!!  Hai, apa khabar semua pembaca blog? Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda di blog aku ini. Aku amat menghargai sokongan daripada anda semua dan aku ucapkan, Terima kasih..  Aku sentiasa berdoa agar kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT. Amin!   Perkara mistik adalah sesuatu perkara yang berlaku, yang kita sendiri tidak dapat jelaskan menggunakan perkataan. Apatah lagi jika ingin menggambarkan sesuatu yang telah berlaku, tanpa bukti kukuh sebagai bahan sokongan. Pasti orang lain sukar mempercayainya.   Tapi... Tak kira sama ada anda mempercayainya atau pun tidak, kes mistik ini terus dilaporkan. Malah, ia tidak terhad kepada wilayah tertentu sahaja tetapi kepada seluruh dunia.    Atas sebab ini, pelbagai kajian saintifik menggunakan peralatan moden seperti EVP dan EMF turut dijalankan untuk membuktikan kesahihannya. Malangnya, segala usaha yang dilakukan tidak m

Kisah Mistik : Apek Tua Tanpa Wajah Mengandar Guni Putih Di Selekoh Maut De' Bana

  Assalamualaikum,   Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca yang telah sudi singgah membaca di blog ini. Semoga anda semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah! Amin.  Para pembaca yang dihormati,   Pada entri hari ini aku ingin meneruskan perkongsian pengalaman Mistik yang pernah aku rasakan sendiri sedikit masa yang lalu. Tujuan aku berkongsikan pengalaman ini hanyalah untuk berbahagi pengalaman dan sebagai bahan informatif sahaja kepada mereka yang memang meminati sesuatu yang misteri dan mistik ini.    Aku di sini sangat yakin bahawa setiap sesuatu perkara yang berlaku itu adalah atas izin Allah , dan ada pelajaran positif yang boleh diambil daripada setiap kejadian, untuk kita jadikan sebagai panduan dalam menjalani kehidupan ini. Semoga Allah akan sentiasa merahmati dan memberkati hidup kita semua. InsyaAllah! foto sekadar hiasan    Kejadian yang tak dapat aku lupakan ini berlaku pada pertengahan tahun 2003 , sewaktu itu aku baru memasuki alam p

Basic Tagalog Oleh Paraluman S. Aspillera : Review

   Assalamualaikum.. Basic Tagalog Oleh Paraluman S. Aspillera: Review:_  Kemampuan seseorang yang berjaya menguasai bahasa asing sebagai bahasa kedua atau pun ketiga sepatutnya, diberikan pujian dan dijadikan contoh yang baik,  kepada orang lain yang turut sama berkeinginan mempunyai kemahiran berbahasa tersebut.   Walaupun teknologi canggih pada masa kini telah berjaya menciptakan pelbagai jenis aplikasi translator , bagi memudahkan komunikasi di antara dua pihak yang berlainan bahasa, ianya masih tidak dapat menandingi kelebihan yang dimiliki jika seseorang benar-benar mampu menuturkan sesuatu bahasa itu.   Kemampuan bertutur lebih daripada satu jenis bahasa terbukti memberikan banyak kelebihan kepada si penuturnya. Lebih-lebih lagi kepada anda yang berada di luar sana yang hobinya mengembara ke negara orang .  Kemampuan menguasai bahasa yang digunakan di tempat anda berada, akan membuatkan masyarakat setempatnya bersikap lebih ramah dan mudah membantu anda kerana anda mampu berca

Kisah Seram Mistik : Papan Ouija? Spirit- Spirit Of The Coin? Apakah Sebenarnya Yang Berlaku Kepada Nur Aurora??

 Assalamualaikum,  Kepada pembaca blog yang dikasihi semua... Terima kasih kerana sudi singgah di blog aku ini, terima kasih juga atas sokongan anda semua yang tidak berbelah bahagi terhadap blog ini. Kisah Seram Mistik : Papan Ouija? Spirit - Spirit Of The Coin? Apakah Sebenarnya Yang Berlaku Kepada Nur Aurora??:_    Sebentar tadi selepas sahaja mengepos entry terbaru aku di blog, ingatkan nak relax-relax sekejap la. Sambil aku duk relax tu tangan aku pun sibuk scroll handphone , cadangnya nak cari papan landas yang baru. Papan landas lama kat dapur aku tu dah uzur sangat keadaannya. Jadi aku pun taip la papan landas sebagai kata kuncinya untuk aku dapatkan pilihan yang terbaik. Tapi , salah satu search results yang keluar tu amat menarik perhatian aku. Tertera di layar telefon aku  itu ' papan ouija '.   Berderau darah aku ni rasanya. Aku tak sangka ada juga orang yang berani menjualnya. Sebelum tu ada baiknya aku menjelaskan secara ringkas apakah dia ni ' papan oui