Langkau ke kandungan utama

Kisah Mistik : Apek Tua Tanpa Wajah Mengandar Guni Putih Di Selekoh Maut De' Bana

  Assalamualaikum,

 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca yang telah sudi singgah membaca di blog ini. Semoga anda semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah! Amin.


 Para pembaca yang dihormati,


  Pada entri hari ini aku ingin meneruskan perkongsian pengalaman Mistik yang pernah aku rasakan sendiri sedikit masa yang lalu. Tujuan aku berkongsikan pengalaman ini hanyalah untuk berbahagi pengalaman dan sebagai bahan informatif sahaja kepada mereka yang memang meminati sesuatu yang misteri dan mistik ini. 


  Aku di sini sangat yakin bahawa setiap sesuatu perkara yang berlaku itu adalah atas izin Allah, dan ada pelajaran positif yang boleh diambil daripada setiap kejadian, untuk kita jadikan sebagai panduan dalam menjalani kehidupan ini. Semoga Allah akan sentiasa merahmati dan memberkati hidup kita semua. InsyaAllah!


foto sekadar hiasan 


  Kejadian yang tak dapat aku lupakan ini berlaku pada pertengahan tahun 2003, sewaktu itu aku baru memasuki alam pekerjaan selama lima bulan, selepas sahaja menamatkan pelajaran di peringkat SPM. Jadi sementara menunggu tawaran masuk ke kolej, aku telah mengambil keputusan untuk bekerja sementara di sebuah kilang di pekan Senawang, Negeri sembilan.


  Jarak di antara rumah aku dengan tempat aku bekerja ini agak lumayan jauh juga, kerana untuk ke tempat kerja aku ini perlu menempuh perjalanan selama lebih daripada dua jam. Walaupun tempoh perjalanan itu terlalu lama tetapi aku tidak merasa risau kerana pengangkutan bas dan van ada disediakan, daripada rumah aku hingga ke hadapan kilang.



Baca Juga Pengalaman Mistik : Arwah Atuk Memperkenalkan Aku Kepada Tetamu Yang Tidak Dapat Dilihat



  Walaupun berasa sedikit penat menjadi seorang operator kilang, kerana ini merupakan pengalaman pertama aku bekerja, tetapi seingat-ingat aku lah ya, aku sentiasa merasa gembira bekerja di sini. Suasana bekerja di sini tidak stress, jadi senang bagi aku untuk menyesuaikan diri aku di sini. 


 Rakan-rakan kerja pun memang sama-sama komited untuk melaksanakan segala tugasan secara bersama. Bila dah bekerjasama ni, tugas yang berat pun akan terasa mudah sahaja nak dilakukan. Oleh itu ingatlah, jika kita diberi sebarang tugas muafakatlah, nescaya semua kerja akan terasa ringan dan lancar dilaksanakan. Muafakat juga bakal membawa berkat. 


  Aku masih ingat lagi masa aku mula bekerja di syarikat ini dahulu, kerja tidaklah terlalu banyak. Tapi lama-kelamaan jenama daripada tempat aku bekerja ini semakin dikenali ramai lantaran marketing hebat yang telah dilakukan secara besar-besaran oleh pihak syarikat, ini termasuklah iklan komersial yang selalu kedengaran di radio dan tertera di kaca televisyen. 


  Bila sudah semakin dikenali ini, faham-faham sahajalah sudah pastilah jumlah pesanan untuk produk juga bertambah. Tetapi, itu semua tidak menjadi masalah kepada aku dan team satu line tempat aku bekerja ni. Bila banyak order yang masuk bermakna peluang untuk membuat overtime pun turut bertambah. Bila banyak buat kerja lebih masa, gaji yang bakal diterima nanti diakhir bulan pastinya lumayan juga.


  Hendak dijadikan cerita, pada suatu pagi yang damai, team leader aku memanggil kesemua sepuluh orang anak buahnya termasuk aku untuk morning briefing. Berkumpul lah kami di suatu sudut. Selepas mukadimahnya, leader kami ini pun langsung sahaja menyampaikan arahan daripada pengurus line kami En. Azman.



Baca Juga Kisah Seram : Tangan Misteri Menarik Kaki Aku Di Dalam Sungai


  Pengurus kami telah mengeluarkan memo, yang mengarahkan team kami untuk buat overtime setiap hari, mulai esok hari sehinggalah ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian. Waktu bekerja baru kami ditambahkan sehingga ke pukul sepuluh malam. Arahan ini diterima dengan pelbagai reaksi, namun aku menyambutnya dengan penuh rasa kesyukuran. Memang tujuan aku bekerja sementara ni pun supaya aku dapat mengumpulkan wang untuk membiayai pengajian aku nantikan? 


  Pada awalnya segalanya berjalan dengan sangat lancar. Walaupun line tempat kami bekerja ditambah waktu jam kerjanya, kami semua tetap merasa gembira. Lebih- lebih lagi apabila  masing-masing sudah mula membayangkan gaji yang bakal diterima nanti. Masing-masing muka ada senyum.


   Aku masih ingat lagi pada malam hari kejadian berlaku, selepas tamat bekerja kami berlima terpaksa menunggu lama di hadapan kilang. Pemandu van memaklumkan tentang kerosakan van kilang yang selalu digunakan untuk menghantar kami pulang ke rumah. Malam sudah semakin larut. Dalam tak sedar, sudah hampir dua jam kami menunggu van kilang yang masih tidak kunjung tiba. Beberapa orang daripada teman sekampung aku sudah ada yang  mula merungut. Mana tidaknya besok pagi-pagi pukul 8 sudah nak kena terpacak lagi dekat depan kilang. Boleh bangun ke masing-masing pagi besok?


  Lima minit lagi jam hendak ke pukul 12.30 tengah malam, pemandu van tiba di hadapan kilang setelah van siap dibaiki. Kami semua yang kepenatan tanpa banyak bicara, terus sahaja masuk ke dalam van. Pemandu van kami abang Zam, meminta aku duduk di kerusi hadapan van, sebelah pemandu. Kebetulan tempat duduk itu kosong sebab mak cik Kiah MC pada hari itu. Tempat tersebut sebenarnya sengaja kami khaskan buat mak cik Kiah kerana beliau telah agak berumur supaya dia merasa selesa sedikit.


 Perjalanan pulang ke rumah pada waktu tengah malam itu tidak menemui banyak halangan. Van kilang juga dipandu agak laju kerana keadaan jalan raya yang agak lengang, tanpa kehadiran banyak kereta seperti diwaktu siang hari. Semuanya lancar sehinggalah kami hampir memasuki kawasan hutan lipur De' Bana, di Felda Lui Barat, hujan renyai-renyai mulai turun. Suasana jalan pada ketika itu sangat gelap tanpa kehadiran sebarang cahaya bulan yang biasanya menerangi jalan.


  Ketika jarak van hampir berada dalam jarak seratus meter lagi untuk melintas di hadapan simpang kecil di sebelah kiri jalan, Abang Zam mula memperlahankan kelajuan van yang dipandunya. Tiba-tiba abang Zam mengucap sambil berteriak kecil...

  " Lailahaillallah, apa tu!!! " 

 

   Aku yang hampir terlelap kepenatan tiba-tiba tersentak, nun... di hadapan kami dalam jarak 50 ke 60 meter, kelihatan kelibat seorang lelaki. Aku mengagak daripada cara lelaki itu berpakaian, kelihatan seperti seorang 'sosok apek tua'. Sambil berjalan dia mengandar satu guni yang diikatkan pada sebatang kayu dibahunya. Kepala dan wajahnya terlindung oleh topi jerami yang dipakainya. Kami terus memerhatikan sosok tersebut, abang Zam turut memperlahankan lagi van yang dipandu. Dalam hati aku terdetik siapa pula yang berani jalan dalam gelap pagi-pagi buta ni? 


    "Buat pengetahuan anda semua, di awal tahun 2003 itu, tiada satu pun lampu jalan yang wujud. Malah di atas jalan raya juga belum lagi dipasang dengan lampu pemantul cahaya. Ditambah pula, kawasan yang kami lalui itu di kiri dan kanannya pula dikelilingi pokok-pokok hutan. Hujan yang pada mulanya turun renyai-renyai dah mulai mengasar. Tiada cahaya bulan ataupun bintang yang menyinari. Dapat tak anda semua bayangkan bertapa gelapnya, suasana pada ketika itu?



Baca Juga Kisah Seram Mistik : Papan Ouija? Spirit-Spirit Of The Coin? Apakah Yang Sebenarnya Yang Berlaku Kepada Nur Aurora??

 

    Pada masa dalam tempoh fikiran aku melayang jauh memikirkan bagaimanakah 'apek' itu boleh berjalan dengan tenang di tengah kegelapan suasana dinihari tanpa sebarang bantuan cahaya.. ketika hampir tiba di selekoh pertama selepas hutan lipur De'Bana itu, baru aku perasan yang sosok 'apek' itu, kakinya seakan melayang tak jejak ke atas tanah. Jika tidak diperhatikan betul-betul memang tidak akan perasan. Menggigil tubuh badan aku ni jangan cakap, rasa nak terkencing pun ada.


 " Abang Zam, potong bang.. cepat potong! jalan tu.." arah aku dengan suara yang agak keras kepada abang Zam.

  " Kau jangan nak main gila.. suruh aku potong .. dekat selekoh ni... " Jawab abang Zam dengan tenang..


 Anehnya....


 Ada dua keanehan yang berlaku malam tu.


1. Sudah tentulah 'sosok apek' yang aku terlihat kakinya tak jejak di tanah tadi. Semakin pelik, setibanya van kami di selekoh itu, bayangan sosok 'apek' tu pun turut ghaib. Abang Zam terus memecut van tak pandang belakang lagi selepas sahaja selesai selekoh  di jalan itu, setelah dia juga turut menyedari 'sosok apek' misteri yang tiba-tiba ghaib di depan mata kami.


2. Sekuat-kuatnya aku menjerit, rakan sekampung aku yang empat orang lagi tu langsung tidur mati, jangan kata tak sedar, sedikit pun tak bergerak. Apabila ditanya keesokkan harinya semasa makan tengahari di kantin kilang, mereka turut terkejut mendengarkan cerita aku. Mereka mengakui memang terlalu nyenyak tidur dan sememangnya tidak menyedari apakah yang telah berlaku.


 Sehingga kini aku tidak dapat melupakan peristiwa yang pernah aku alami itu. Aku tidak tahu mengapakah aku diberi peluang untuk melihat kejadian-kejadian aneh yang sebegitu. Hanya Allah yang maha mengetahui. 


 Jadi ingin sekali aku memberikan peringatan mesra kepada para pengguna jalanraya yang menggunakan jalan tersebut, supaya lebih berhati-hati apabila melalui selekoh tersebut. Kerana selekoh itu merupakan tempat yang paling sering berlaku kemalangan maut sehingga ke hari ini. Adakah mereka juga turut melihat 'sosok apek' tua tersebut??? 

 

 Akhir kata aku berharap perkongsian ini akan sangat memberikan manfaat kepada anda semua. Memandu lah dengan berhati-hati dan sentiasa ingat kepada insan tersayang. Semoga kita berjumpa lagi di siaran yang akan datang.








 


  


 


  


  

 

    

  


  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Seram Lucu : Mie... Tolong Akak Ada Hantu Kat Sini !

 Assalamualaikum.. Kisah Seram Lucu : Mie... Tolong Akak Ada Hantu Kat Sini! -   Para pembaca yang dirahmati,  Kebanyakan orang bila sebut sahaja hantu atau cerita seram mistik, kita mesti terbayangkan sesuatu yang hodoh dan menggerikan, betul tak ? Macam mana kalau aku katakan tak semuanya macam tu dan ada juga kisah seram yang lucu. Anda semua tak percaya? Jom teruskan pembacaan anda. foto sekadar hiasan     Anda semua masih ingat lagi tak pada cerita yang lepas di mana aku ada bercerita tentang cerita 'Apek Tua' tanpa wajah tu   ? Peristiwa itu berlaku di pertengahan tahun 2003 .     Pada masa itu aku baru mula bekerja dan kerja pertama aku itu ialah sebagai operator kilang. Untuk pengetahuan anda aku hanya bekerja di kilang tersebut selama setahun, sebelum aku mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada pertengahan tahun 2004.  Keputusan ini terpaksa aku lakukan kerana pada ketika itu, pihak pengurusan kilang telah berpindah tangan. Bos besar yang baru berasal daripa

Kisah Mistik : Apa Yang Tak Kena Dengan Orang Kat Depan Aku Ni Ya? Astaghfirullah!!!!

  Assalammualaikum. Kisah Mistik : Apa Yang Tak Kena Dengan Orang Kat Depan Aku Ni Ya? Astaghfirullah!!!!  Hai, apa khabar semua pembaca blog? Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda di blog aku ini. Aku amat menghargai sokongan daripada anda semua dan aku ucapkan, Terima kasih..  Aku sentiasa berdoa agar kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT. Amin!   Perkara mistik adalah sesuatu perkara yang berlaku, yang kita sendiri tidak dapat jelaskan menggunakan perkataan. Apatah lagi jika ingin menggambarkan sesuatu yang telah berlaku, tanpa bukti kukuh sebagai bahan sokongan. Pasti orang lain sukar mempercayainya.   Tapi... Tak kira sama ada anda mempercayainya atau pun tidak, kes mistik ini terus dilaporkan. Malah, ia tidak terhad kepada wilayah tertentu sahaja tetapi kepada seluruh dunia.    Atas sebab ini, pelbagai kajian saintifik menggunakan peralatan moden seperti EVP dan EMF turut dijalankan untuk membuktikan kesahihannya. Malangnya, segala usaha yang dilakukan tidak m

Basic Tagalog Oleh Paraluman S. Aspillera : Review

   Assalamualaikum.. Basic Tagalog Oleh Paraluman S. Aspillera: Review:_  Kemampuan seseorang yang berjaya menguasai bahasa asing sebagai bahasa kedua atau pun ketiga sepatutnya, diberikan pujian dan dijadikan contoh yang baik,  kepada orang lain yang turut sama berkeinginan mempunyai kemahiran berbahasa tersebut.   Walaupun teknologi canggih pada masa kini telah berjaya menciptakan pelbagai jenis aplikasi translator , bagi memudahkan komunikasi di antara dua pihak yang berlainan bahasa, ianya masih tidak dapat menandingi kelebihan yang dimiliki jika seseorang benar-benar mampu menuturkan sesuatu bahasa itu.   Kemampuan bertutur lebih daripada satu jenis bahasa terbukti memberikan banyak kelebihan kepada si penuturnya. Lebih-lebih lagi kepada anda yang berada di luar sana yang hobinya mengembara ke negara orang .  Kemampuan menguasai bahasa yang digunakan di tempat anda berada, akan membuatkan masyarakat setempatnya bersikap lebih ramah dan mudah membantu anda kerana anda mampu berca

Kisah Seram Mistik : Papan Ouija? Spirit- Spirit Of The Coin? Apakah Sebenarnya Yang Berlaku Kepada Nur Aurora??

 Assalamualaikum,  Kepada pembaca blog yang dikasihi semua... Terima kasih kerana sudi singgah di blog aku ini, terima kasih juga atas sokongan anda semua yang tidak berbelah bahagi terhadap blog ini. Kisah Seram Mistik : Papan Ouija? Spirit - Spirit Of The Coin? Apakah Sebenarnya Yang Berlaku Kepada Nur Aurora??:_    Sebentar tadi selepas sahaja mengepos entry terbaru aku di blog, ingatkan nak relax-relax sekejap la. Sambil aku duk relax tu tangan aku pun sibuk scroll handphone , cadangnya nak cari papan landas yang baru. Papan landas lama kat dapur aku tu dah uzur sangat keadaannya. Jadi aku pun taip la papan landas sebagai kata kuncinya untuk aku dapatkan pilihan yang terbaik. Tapi , salah satu search results yang keluar tu amat menarik perhatian aku. Tertera di layar telefon aku  itu ' papan ouija '.   Berderau darah aku ni rasanya. Aku tak sangka ada juga orang yang berani menjualnya. Sebelum tu ada baiknya aku menjelaskan secara ringkas apakah dia ni ' papan oui