Langkau ke kandungan utama

Basic Tagalog Oleh Paraluman S. Aspillera : Review

   Assalamualaikum..


Basic Tagalog Oleh Paraluman S. Aspillera: Review:_


 Kemampuan seseorang yang berjaya menguasai bahasa asing sebagai bahasa kedua atau pun ketiga sepatutnya, diberikan pujian dan dijadikan contoh yang baik,  kepada orang lain yang turut sama berkeinginan mempunyai kemahiran berbahasa tersebut.


  Walaupun teknologi canggih pada masa kini telah berjaya menciptakan pelbagai jenis aplikasi translator, bagi memudahkan komunikasi di antara dua pihak yang berlainan bahasa, ianya masih tidak dapat menandingi kelebihan yang dimiliki jika seseorang benar-benar mampu menuturkan sesuatu bahasa itu.


  Kemampuan bertutur lebih daripada satu jenis bahasa terbukti memberikan banyak kelebihan kepada si penuturnya. Lebih-lebih lagi kepada anda yang berada di luar sana yang hobinya mengembara ke negara orang.


 Kemampuan menguasai bahasa yang digunakan di tempat anda berada, akan membuatkan masyarakat setempatnya bersikap lebih ramah dan mudah membantu anda kerana anda mampu bercakap dalam bahasa yang sama dengan diri mereka.


   Sebagai seorang rakyat Malaysia yang tinggal di dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa, seharusnya tidak menimbulkan banyak masalah dalam usaha anda untuk menguasai bahasa ketiga ini.


 Tahap penguasaan bahasa yang kita mampu capai sudah tentunya lebih baik kerana kita telah terbiasa dan terdedah dengan pelbagai jenis bahasa sejak dari kita kecil lagi. 


    Pada masa perintah kawalan pergerakan  ( PKP ) yang lalu, kita dapat menyaksikan ramai orang yang memanfaatkan tempoh ini untuk mempelajari bahasa asing. Ini termasuklah diri aku sendiri, yang turut sama mengambil peluang ini untuk mempelajari bahasa Tagalog. 


    Mengapa Tagalog pula yang menjadi pilihan dihati aku ni?? Hahaha..


   Jawapannya, sudah tentulah gara-gara penangan drama  Pangako Sa' Yo dan Stairway To Heavensiri televisyen dari Filipina yang amat terkenal satu ketika dahulu terutamanya Pangako Sa'yo yang pernah di tayangkan di televisyen Malaysia.


 Tiba-tiba aku rasa tertarik dan berminat sangat dengan gaya percakapan dan bahasa Filipina. Lagi satu bila menonton cerita sambil tengok subtitle, rasa kurang sikit lah penghayatan ceritanya.


  Punyalah serius aku nak belajar bahasa Filipina ni sampai aku beli buku tau, masa PKP hari tu. Aku beli dekat shoppe murah sahaja, buku pun buku second hand sahaja. Tidak mengapalah jikalau buku ini kelihatan sedikit usang, yang penting ialah isi kandungannya yang bermanfaat pada aku. 



    " Don't Judge A Book By it's Cover "





🟥   Review buku Basic Tagalong Oleh Paraluman S. Aspillera


  Buku yang terbitan dan edaran ekslusif oleh M & L  Licudine Ent. yang mempunyai 53 jenis asas pelajaran dan berketebalan 261 muka surat ini pada aku sangat berbaloi untuk dimiliki.


 Walaupun pada mulanya aku merasakan kurang yakin dan hampir merasa kecewa, dengan penampilannya yang kelihatan sangat usang ketika pertama kali buku ini sampai ke rumah, di hantar oleh abang JNT. 






   Tapi seperti mana kata perpatah melayu,

" Tak kenal maka tak cinta". Setelah aku menyelak halamannya aku terus jatuh suka dengan buku ini. Isi kandungannya memuatkan perbualan asas bagi memudahkan seorang pemula yang macam aku ini,  untuk mula bercakap menggunakan bahasa Tagalog ini. 


 Buku ini turut menyertakan contoh ayat rasmi  (biasanya apabila kita bercakap dengan orang yang lebih tua atau pun seseorang yang dihormati) dan ayat kasual seperti apabila kita bercakap dengan kawan-kawan.


  Antara isi kandungan pelajaran yang terkandung di dalam buku ini ialah seperti abjad Tagalog, sebutan perkataan Tagalog, salam dan ungkapan biasa (2 struktur ayat), nama persona, benda , kata ganti nama sebagai objek dan penunjuk, perkataan yang menggambarkan , perkataan yang menunjukkan pemilikan dan macam-macam lagi.


 Selain itu buku Basic Tagalog ini juga menceritakan sejarah bagaimanakah boleh terbentuknya bahasa Tagalog ini.


🟥 Sejarah Ringkas Bahasa Tagalog Sebagai Bahasa Kebangsaan Filipina.


   Pada 13 November 1937, di Perhimpunan Kebangsaan Pertama, meluluskan Institut Bahasa Kebangsaan untuk membuat kajian dan tinjauan ke atas setiap dialek asli yang sedia ada, dengan tujuan untuk menggabungkan semua bahasa yang ada sebagai satu dialek yang akan dijadikan asas sebagai bahasa kebangsaan Filipina.


   Presiden Manuel L. Quezon ketika itu menubuhkan sebuah Institut yang di pengerusikan oleh Jaime C. de Veyra mewakili Samar- Leyte - Visayan, di sertai Santiago A. Fonacier wakil wilayah locano : filemon sotto ( Cebu - Visayan) ; Casimiro perfecto ( Bicol) , Felix S. Sales Rodriguez Fanay - Vinayan, Hadji Butu ( umat Islam ) dan Cecilio Loper ( Tagalog ).


   Setelah berbincang secara serius mengenai kajian yang dijalankan, yang mematuhi syarat dan prosedur yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan tugasnya, Institut telah memilih Tagalog untuk menjadi asas bahasa kebangsaan. Oleh itu, pada 31 Disember 1937, Presiden Quests telah mengisytiharkan Tagalog sebagai bahasa kebangsaan Filipina.




🟥 Latar Belakang Penulis Buku Basic Tagalog, Paraluman S. Aspillera


  Puan Paraluman S. Aspillera ialah seorang guru, penulis dan wartawan berita. Beliau mempunyai Sarjana dalam pendidikan yang mengkhususkan dalam pengajaran bahasa Inggeris dan pilipino ( bahasa kebangsaan Filipina yang berasaskan Tagalog )daripada Universiti Filipina dan Universiti Centro Escolar.


  Dia turut menyertai kursus dalam hubungan Linguistik di Universiti Filipina di bawah bimbingan profesor Amerika di Institut Linguistik musim panas.


  Beliau juga menjadi perintis dalam pengajaran bahasa Tagalog kepada warga Asing di Institut Bahasa dan Budaya Filipina yang diasaskannya pada tahun 1954 sebagai ahli gabungan Universiti Wanita Filipina. 


 Pada tahun 1965 beliau dilantik sebagai penolong profesor Filipina dan pengajian Filipina di Pusat Asia Universiti Filipina dan mengajarkan bahasa Tagalog kepada profesor asing dan pelajar di kampus itu sehingga tahun 1970.


 Beliau juga telah mengembara secara meluas ke luar negara sebagai penerima geran pemimpin Smith - Mundi ke Amerika Syarikat; sebagai perwakilan peguam negara ke Persidangan Wanita Afro - Asia di Colombo , Caylon (1958) dan banyak lagi.


 Puan Aspillera juga pernah menjadi presiden persatuan penulis wanita Tagalog, akedeminya Ng Wikang Pilipino yang ditaja oleh UNESCO dan perkhidmatan penterjemahan Inc. Beliau adalah Naib Presiden Persatuan Wanita Akhbar Manila dan Penguatkuasaan profesor Universiti di Filipina.


    Beliau juga seorang penulis yang telah menghasilkan banyak buku. Antara penulisan beliau yang terkenal ini adalah Basic Tagalog ini, masih lagi evergreen sehingga sekarang.


  Para pembaca yang dihormati, 

  Jujur jika aku mengatakan hebat Paraluman S. Aspillera ni, rasa aku buku hasil karangan beliau ini masih layak diguna pakai. Gaya bahasa dan teknik pengajarannya jelas sesuai untuk newbie seperti aku ni. 


  Disebabkan buku beliau ini adalah edisi tahun 1974, aku cuba juga menjejaki beliau ini melalui pencarian di internet, tapi aku gagal dan tidak mendapat sebarang maklumat terkini. Aku pun tidak pasti sama ada Paraluman S. Aspillera ni masih hidup lagi ke tidak. Allahu alam. Tapi jika anda adalah orang Filipina, anda seharusnya merasa bangga dengan Paraluman S. Aspillera ni. Terbaik!


✅  Buku ni aku nak bagi 4.6/🌟🌟🌟🌟🌟


  Niat dihati aku hanya nak belajar bahasa tetapi tiba-tiba semuanya kali aku dapatkan. Sebuah buku yang hebat hasil penulis yang hebat dan dapat mempelajari juga sejarah bahasa kebangsaan pelbagai negara. 


  Benarlah, seperti kata orang yang bijaksana, bahasa itu jiwa bangsa. Oleh sebab itu, kita tidak boleh sesekali mempersendakan bahasa kebangsaan sesebuah negara. Hormatilah bahasa kebangsaan.🇲🇾


✅  Semoga berjumpa di post yang akan datang. Terima Kasih kerana sudi membaca artikel ini dan semoga bermanfaat untuk anda semua.





 


  










 

  



  


   


   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Seram Lucu : Mie... Tolong Akak Ada Hantu Kat Sini !

 Assalamualaikum.. Kisah Seram Lucu : Mie... Tolong Akak Ada Hantu Kat Sini! -   Para pembaca yang dirahmati,  Kebanyakan orang bila sebut sahaja hantu atau cerita seram mistik, kita mesti terbayangkan sesuatu yang hodoh dan menggerikan, betul tak ? Macam mana kalau aku katakan tak semuanya macam tu dan ada juga kisah seram yang lucu. Anda semua tak percaya? Jom teruskan pembacaan anda. foto sekadar hiasan     Anda semua masih ingat lagi tak pada cerita yang lepas di mana aku ada bercerita tentang cerita 'Apek Tua' tanpa wajah tu   ? Peristiwa itu berlaku di pertengahan tahun 2003 .     Pada masa itu aku baru mula bekerja dan kerja pertama aku itu ialah sebagai operator kilang. Untuk pengetahuan anda aku hanya bekerja di kilang tersebut selama setahun, sebelum aku mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada pertengahan tahun 2004.  Keputusan ini terpaksa aku lakukan kerana pada ketika itu, pihak pengurusan kilang telah berpindah tangan. Bos besar yang baru berasal daripa

Kisah Mistik : Apa Yang Tak Kena Dengan Orang Kat Depan Aku Ni Ya? Astaghfirullah!!!!

  Assalammualaikum. Kisah Mistik : Apa Yang Tak Kena Dengan Orang Kat Depan Aku Ni Ya? Astaghfirullah!!!!  Hai, apa khabar semua pembaca blog? Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda di blog aku ini. Aku amat menghargai sokongan daripada anda semua dan aku ucapkan, Terima kasih..  Aku sentiasa berdoa agar kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT. Amin!   Perkara mistik adalah sesuatu perkara yang berlaku, yang kita sendiri tidak dapat jelaskan menggunakan perkataan. Apatah lagi jika ingin menggambarkan sesuatu yang telah berlaku, tanpa bukti kukuh sebagai bahan sokongan. Pasti orang lain sukar mempercayainya.   Tapi... Tak kira sama ada anda mempercayainya atau pun tidak, kes mistik ini terus dilaporkan. Malah, ia tidak terhad kepada wilayah tertentu sahaja tetapi kepada seluruh dunia.    Atas sebab ini, pelbagai kajian saintifik menggunakan peralatan moden seperti EVP dan EMF turut dijalankan untuk membuktikan kesahihannya. Malangnya, segala usaha yang dilakukan tidak m

Kisah Mistik : Apek Tua Tanpa Wajah Mengandar Guni Putih Di Selekoh Maut De' Bana

  Assalamualaikum,   Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca yang telah sudi singgah membaca di blog ini. Semoga anda semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah! Amin.  Para pembaca yang dihormati,   Pada entri hari ini aku ingin meneruskan perkongsian pengalaman Mistik yang pernah aku rasakan sendiri sedikit masa yang lalu. Tujuan aku berkongsikan pengalaman ini hanyalah untuk berbahagi pengalaman dan sebagai bahan informatif sahaja kepada mereka yang memang meminati sesuatu yang misteri dan mistik ini.    Aku di sini sangat yakin bahawa setiap sesuatu perkara yang berlaku itu adalah atas izin Allah , dan ada pelajaran positif yang boleh diambil daripada setiap kejadian, untuk kita jadikan sebagai panduan dalam menjalani kehidupan ini. Semoga Allah akan sentiasa merahmati dan memberkati hidup kita semua. InsyaAllah! foto sekadar hiasan    Kejadian yang tak dapat aku lupakan ini berlaku pada pertengahan tahun 2003 , sewaktu itu aku baru memasuki alam p

Kisah Seram Mistik : Papan Ouija? Spirit- Spirit Of The Coin? Apakah Sebenarnya Yang Berlaku Kepada Nur Aurora??

 Assalamualaikum,  Kepada pembaca blog yang dikasihi semua... Terima kasih kerana sudi singgah di blog aku ini, terima kasih juga atas sokongan anda semua yang tidak berbelah bahagi terhadap blog ini. Kisah Seram Mistik : Papan Ouija? Spirit - Spirit Of The Coin? Apakah Sebenarnya Yang Berlaku Kepada Nur Aurora??:_    Sebentar tadi selepas sahaja mengepos entry terbaru aku di blog, ingatkan nak relax-relax sekejap la. Sambil aku duk relax tu tangan aku pun sibuk scroll handphone , cadangnya nak cari papan landas yang baru. Papan landas lama kat dapur aku tu dah uzur sangat keadaannya. Jadi aku pun taip la papan landas sebagai kata kuncinya untuk aku dapatkan pilihan yang terbaik. Tapi , salah satu search results yang keluar tu amat menarik perhatian aku. Tertera di layar telefon aku  itu ' papan ouija '.   Berderau darah aku ni rasanya. Aku tak sangka ada juga orang yang berani menjualnya. Sebelum tu ada baiknya aku menjelaskan secara ringkas apakah dia ni ' papan oui