Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2024

Kisah Mistik : Apek Tua Tanpa Wajah Mengandar Guni Putih Di Selekoh Maut De' Bana

  Assalamualaikum,   Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca yang telah sudi singgah membaca di blog ini. Semoga anda semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah! Amin.  Para pembaca yang dihormati,   Pada entri hari ini aku ingin meneruskan perkongsian pengalaman Mistik yang pernah aku rasakan sendiri sedikit masa yang lalu. Tujuan aku berkongsikan pengalaman ini hanyalah untuk berbahagi pengalaman dan sebagai bahan informatif sahaja kepada mereka yang memang meminati sesuatu yang misteri dan mistik ini.    Aku di sini sangat yakin bahawa setiap sesuatu perkara yang berlaku itu adalah atas izin Allah , dan ada pelajaran positif yang boleh diambil daripada setiap kejadian, untuk kita jadikan sebagai panduan dalam menjalani kehidupan ini. Semoga Allah akan sentiasa merahmati dan memberkati hidup kita semua. InsyaAllah! foto sekadar hiasan    Kejadian yang tak dapat aku lupakan ini berlaku pada pertengahan tahun 2003 , sewaktu itu aku baru memasuki alam p

Basic Tagalog Oleh Paraluman S. Aspillera : Review

   Assalamualaikum.. Basic Tagalog Oleh Paraluman S. Aspillera: Review:_  Kemampuan seseorang yang berjaya menguasai bahasa asing sebagai bahasa kedua atau pun ketiga sepatutnya, diberikan pujian dan dijadikan contoh yang baik,  kepada orang lain yang turut sama berkeinginan mempunyai kemahiran berbahasa tersebut.   Walaupun teknologi canggih pada masa kini telah berjaya menciptakan pelbagai jenis aplikasi translator , bagi memudahkan komunikasi di antara dua pihak yang berlainan bahasa, ianya masih tidak dapat menandingi kelebihan yang dimiliki jika seseorang benar-benar mampu menuturkan sesuatu bahasa itu.   Kemampuan bertutur lebih daripada satu jenis bahasa terbukti memberikan banyak kelebihan kepada si penuturnya. Lebih-lebih lagi kepada anda yang berada di luar sana yang hobinya mengembara ke negara orang .  Kemampuan menguasai bahasa yang digunakan di tempat anda berada, akan membuatkan masyarakat setempatnya bersikap lebih ramah dan mudah membantu anda kerana anda mampu berca

Kisah Seram Mistik : Papan Ouija? Spirit- Spirit Of The Coin? Apakah Sebenarnya Yang Berlaku Kepada Nur Aurora??

 Assalamualaikum,  Kepada pembaca blog yang dikasihi semua... Terima kasih kerana sudi singgah di blog aku ini, terima kasih juga atas sokongan anda semua yang tidak berbelah bahagi terhadap blog ini. Kisah Seram Mistik : Papan Ouija? Spirit - Spirit Of The Coin? Apakah Sebenarnya Yang Berlaku Kepada Nur Aurora??:_    Sebentar tadi selepas sahaja mengepos entry terbaru aku di blog, ingatkan nak relax-relax sekejap la. Sambil aku duk relax tu tangan aku pun sibuk scroll handphone , cadangnya nak cari papan landas yang baru. Papan landas lama kat dapur aku tu dah uzur sangat keadaannya. Jadi aku pun taip la papan landas sebagai kata kuncinya untuk aku dapatkan pilihan yang terbaik. Tapi , salah satu search results yang keluar tu amat menarik perhatian aku. Tertera di layar telefon aku  itu ' papan ouija '.   Berderau darah aku ni rasanya. Aku tak sangka ada juga orang yang berani menjualnya. Sebelum tu ada baiknya aku menjelaskan secara ringkas apakah dia ni ' papan oui

Kisah Seram! Tangan Misteri Menarik Kaki Aku Di Dalam Sungai

  Assalamualaikum.  Hai.. apa khabar pembaca blog semua?  Terima kasih atas segala sokongan yang telah diberikan terhadap blog ini. Aku doakan anda sentiasa sihat walafiat. Amin! Kisah Seram! Tangan Misteri Menarik Kaki Aku Di Dalam Sungai:_  Pada hari ini aku menyambung penceritaan kisah mistik yang seterusnya ini, yang memang benar-benar berlaku di zaman aku masih kanak-kanak dahulu.  Para pembaca sekalian,  Kata orang zaman kanak-kanak adalah waktu yang paling gembira di dalam hidup seseorang. Mana tidaknya sewaktu kita kecil dahulu, kita tidak perlu memikirkan sebarang masalah. Hanya keseronokan menghabiskan masa bersama kawan-kawan sahaja yang difikirkan.   Aku juga tidak terkecuali, hehehe... Manisnya apabila mengenangkan kembali kenangan sewaktu masa kecil dahulu. Aku yakin anda semua pun begitu, kan?  Namun semua itu berubah sewaktu aku berumur sepuluh tahun. Seperti tahun-tahun sebelumnya, tiap kali bila tiba sahaja musim cuti akhir tahun penggal persekolahan di hujung bulan N

Pengalaman Mistik: Arwah Atuk Memperkenalkan Aku Kepada Tetamu Yang Tidak Dapat Dilihat

  Assalamualaikum.  Hai, apa khabar pembaca blog semua?  Pengalaman Mistik : Arwah Atuk Memperkenalkan Aku Kepada Tetamu Yang Tidak Dapat Dilihat:_ Aku doakan anda sentiasa sihat dan ceria selalu hendaknya. Jika ada yang rasa kurang sihat tu, ha.. cepat-cepat lah pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Bukan apa, dalam dunia hari ini sukar untuk diramalkan apa saja penyakit yang kita alami. Oleh itu rujuk lah segera pada yang pakar.      Ok, Ceritanya....   Semalam ketika sedang asyik bersembang dengan adik aku Iwan, entah macam mana bolehlah pula kami terbuka topik tentang gangguan-gangguan mistik paranormal .  Walaupun cerita kami tidaklah sehebat mana pun seperti cerita catatan pengalaman dalam buku Siri Bercakap Dengan Jin hasil nukilan penulis yang terkenal Tamar Jalis, namun setidaknya kami berasa bersyukur juga diberikan peluang dan izin daripada Allah untuk merasakannya sendiri.   Dalam hal ini bukanlah seberapa kecilnya atau besar sesebuah pengalaman itu yang sepatut