Langkau ke kandungan utama

Perangkap Duit

 Assalamualaikum..


Hai.. apa khabar para pembaca semua?Alhamdullilah dengan izin Allah kita bertemu lagi dalam entry pada kali ini. Segala puji hanya milik tuhan yang satu. Aku sangat bersyukur diberikan kesempatan untuk terus menulis dalam ruangan maya ini. 



 Sesungguhnya tanpa izin dari-Nya belum tentu lagi kita mampu bertemu kerana dalam soal jodoh, ajal dan maut semuanya terletak pada Allah yang esa. Kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang tetapi kuasa penentu mutlak hanya milik tuhan yang satu. 



 Namun jangan sesekali kita menyerah kalah tanpa berusaha. Usaha itu adalah anak tangga menuju kejayaan.



 Pada posting aku kali ini, aku ingin ajak para pembaca semua berfikir sejenak, pernah tak anda semua tertanya-tanya ke mana menghilangnya wang gaji anda?



 Maksud aku selain daripada membayar hutang dan buat perbelanjaan harian, tak kan tiada baki langsung kan? Lebih-lebih lagi apabila memikirkan bukannya senang nak dapat duit ni. 



 Sebulan kerja baru dapat tengok duit. Penatnya lah hai ! Tetapi bila dah dapat gaji tak sampai seminggu dah habis separuh. Lesap entah ke mana? Anda semua bingung? Mana pergi duit aku ek?



 Seperti yang kita semua tahu, wang adalah simbol kekayaan seseorang individu di dunia ini. Malah sering kali kejayaan seseorang di nilai dari segi berapa banyakkah harta yang di miliki.



 Tradisi 'mengukur' kejayaan melihat melalui seberapa banyak harta dan wang ringgit ini yang dimiliki, bahkan telah di mulai semenjak ratusan ribu tahun yang lalu. Secara tepat nya dari zaman purba lagi yang kemudian terevolusi menjadi sistem matawang yang kita semua kenali pada hari ini.

 


 Aku sertakan sekali link Wikipedia di bawah bagi anda yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah wang.



Wikipedia sejarah wang



 Setelah wang terevolusi dalam masyarakat moden kita pada hari ini, setiap seorang daripada kita di dunia ini tidak kira apa pun bangsanya berlumba - lumba untuk mengumpulkan harta kekayaan sebanyak mungkin. Memang tak salah malah dari sudut agama turut digalakkan.



 Mudah-mudahannya dengan harta kekayaan yang bakal atau pun sudah dimiliki itu nanti mampu dimanfaatkan sebaik - baiknya. Seperti membantu pada golongan yang memerlukan misalnya. Besar ganjaran pahalanya tu!



Namun hari tak selalu nya cerah, terlalu banyak halangan dan perangkap duit ni yang perlu kita sedari dan elakkan supaya tak terjerumus ke lembah kehampaan. Setiap daripada kita sudah tentu tidak mahu menjadi mangsa si perangkap duit 'durjana' ni kan?



 Jadi apakah penyelesaian yang kita ada untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi salah seorang mangsanya??




 Di zaman moden hari ini terdapat banyak cara ramai orang menjadi mangsa hutang. Hendak pula kita semua sekarang hidup di zaman yang serba moden dan canggih ini. Segalanya terletak di hujung jari. Perangkap duit ini pun turut ikut sama berevolusi.



 Salah satu contoh mudah yang dapat kita lihat adalah melalui kewujudan iklan yang amat senang ditemui di media massa mahu pun di media sosial. 



 Iklan yang amat mudah ditemui di kaca televisyen dan di corong-corong radio juga amat berkesan dalam memukau para penonton iklan ini supaya berfikir bahawa hidup tidak akan sempurna tanpa menggunakan produk-produk yang di iklankan.


  Adakah benar seperti itu? 
Sudah tentu nya tidak!  



 Perangkap iklan ini telah di buat oleh mereka yang mahu membuat duit,dengan duit anda. Jadi take noted: anda perlu memahami logik di sebalik sesebuah iklan. Melalui iklan yang di pamerkan para pengiklan secara tidak langsung telah mendorong anda untuk terus membeli. 



 Memang sukar untuk mengelakkan diri sepenuhnya terhadap kuasa yang dimiliki oleh iklan-iklan ini. Mereka bijak memanipulasikan penglihatan, pendengaran dan emosi kita agar tertarik kepada sesuatu iklan. 



 Hal ini bertambah teruk lagi apabila seseorang membuat keputusan dengan mendengar cadangan daripada kenalan dan saudara mara


 Hidup jika terlalu kerap mendengar kata orang 'ibarat lembu dicucuk hidung' pun payah juga. Memanglah cadangan mereka itu percuma tapi yang nak keluarkan duit tu nanti siapa?


 Dalam hal ini sekali lagi pengurusan wang yang bijak perlulah dikuasai sepenuhnya. Pengurusan wang yang kurang bijak yang di lakukan bakal menipiskan lagi dompet anda. 


 Kita sudah tentu tentu tidak mahu hal seperti ini terus berlaku dalam kehidupan kita ini. Harapan aku semoga dengan belajar mengenali perangkap-perangkap duit yang selalu menelan duit kita tanpa disedari ini kita akan berjaya mengelakkan kerugian terhadap duit hasil titik peluh kita bekerja. 



Anda pelajari sesuatu di sini? Sila tinggalkan komen anda dan kongsikan artikel ini bersama kawan-kawan dan ahli keluarga yang tersayang.










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Seram Lucu : Mie... Tolong Akak Ada Hantu Kat Sini !

 Assalamualaikum.. Kisah Seram Lucu : Mie... Tolong Akak Ada Hantu Kat Sini! -   Para pembaca yang dirahmati,  Kebanyakan orang bila sebut sahaja hantu atau cerita seram mistik, kita mesti terbayangkan sesuatu yang hodoh dan menggerikan, betul tak ? Macam mana kalau aku katakan tak semuanya macam tu dan ada juga kisah seram yang lucu. Anda semua tak percaya? Jom teruskan pembacaan anda. foto sekadar hiasan     Anda semua masih ingat lagi tak pada cerita yang lepas di mana aku ada bercerita tentang cerita 'Apek Tua' tanpa wajah tu   ? Peristiwa itu berlaku di pertengahan tahun 2003 .     Pada masa itu aku baru mula bekerja dan kerja pertama aku itu ialah sebagai operator kilang. Untuk pengetahuan anda aku hanya bekerja di kilang tersebut selama setahun, sebelum aku mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada pertengahan tahun 2004.  Keputusan ini terpaksa aku lakukan kerana pada ketika itu, pihak pengurusan kilang telah berpin...

Xiao Xiao Watak Anak Ratu Medusa Dan Xiao Yan Tidak Akan Wujud? BTTH

Assalamualaikum.. Hai, apa khabar semua pembaca blog aku punya cerita yang setia, terutamanya team Cinta Ratu Medusa dan Xiao Yan daripada BTTH? Semoga kesabaran yang tinggi akan sentiasa berada dalam diri kita ini, para penyokong cinta mereka.. Amin! Xiao Xiao Anak Ratu Medusa Dan Xiao Yan Tidak Akan Wujud? BTTH:_    Para pembaca blog yang dihormati,  Sebenarnya sudah agak lama aku tidak berkesempatan untuk  update  tentang kisah cinta mereka yang sentiasa mencuri perhatian para peminat BTTH.   Buat pengetahuan anda isu ini pernah sempat menjadi bahan bualan warga maya di internet tidak lama dahulu.   Isu ini tercetus selepas selesai tayangan episodnya yang ke 136, Yuewen animation English.   Situasi ini juga telah mengundang pelbagai reaksi sebahagian besar peminat siri anime 'BTTH' ini tidak hanya di negara China sendiri bahkan di seluruh dunia.   Daripada hasil tangkapan skrin di bawah anda dapat melihat se...

Kisah Mistik : Apa Yang Tak Kena Dengan Orang Kat Depan Aku Ni Ya? Astaghfirullah!!!!

  Assalammualaikum. Kisah Mistik : Apa Yang Tak Kena Dengan Orang Kat Depan Aku Ni Ya? Astaghfirullah!!!!  Hai, apa khabar semua pembaca blog? Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda di blog aku ini. Aku amat menghargai sokongan daripada anda semua dan aku ucapkan, Terima kasih..  Aku sentiasa berdoa agar kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT. Amin!   Perkara mistik adalah sesuatu perkara yang berlaku, yang kita sendiri tidak dapat jelaskan menggunakan perkataan. Apatah lagi jika ingin menggambarkan sesuatu yang telah berlaku, tanpa bukti kukuh sebagai bahan sokongan. Pasti orang lain sukar mempercayainya.   Tapi... Tak kira sama ada anda mempercayainya atau pun tidak, kes mistik ini terus dilaporkan. Malah, ia tidak terhad kepada wilayah tertentu sahaja tetapi kepada seluruh dunia.    Atas sebab ini, pelbagai kajian saintifik menggunakan peralatan moden seperti EVP dan EMF turut dijalankan untuk membuktikan kesahihannya. Malangnya, s...

Kisah Mistik : Apek Tua Tanpa Wajah Mengandar Guni Putih Di Selekoh Maut De' Bana

  Assalamualaikum,   Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca yang telah sudi singgah membaca di blog ini. Semoga anda semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah! Amin.  Para pembaca yang dihormati,   Pada entri hari ini aku ingin meneruskan perkongsian pengalaman Mistik yang pernah aku rasakan sendiri sedikit masa yang lalu. Tujuan aku berkongsikan pengalaman ini hanyalah untuk berbahagi pengalaman dan sebagai bahan informatif sahaja kepada mereka yang memang meminati sesuatu yang misteri dan mistik ini.    Aku di sini sangat yakin bahawa setiap sesuatu perkara yang berlaku itu adalah atas izin Allah , dan ada pelajaran positif yang boleh diambil daripada setiap kejadian, untuk kita jadikan sebagai panduan dalam menjalani kehidupan ini. Semoga Allah akan sentiasa merahmati dan memberkati hidup kita semua. InsyaAllah! foto sekadar hiasan    Kejadian yang tak dapat aku lupakan ini berlaku pada pertengahan tahun 2003...

Pengalaman Mistik: Arwah Atuk Memperkenalkan Aku Kepada Tetamu Yang Tidak Dapat Dilihat

  Assalamualaikum.  Hai, apa khabar pembaca blog semua?  Pengalaman Mistik : Arwah Atuk Memperkenalkan Aku Kepada Tetamu Yang Tidak Dapat Dilihat:_ Aku doakan anda sentiasa sihat dan ceria selalu hendaknya. Jika ada yang rasa kurang sihat tu, ha.. cepat-cepat lah pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Bukan apa, dalam dunia hari ini sukar untuk diramalkan apa saja penyakit yang kita alami. Oleh itu rujuk lah segera pada yang pakar.      Ok, Ceritanya....   Semalam ketika sedang asyik bersembang dengan adik aku Iwan, entah macam mana bolehlah pula kami terbuka topik tentang gangguan-gangguan mistik paranormal .  Walaupun cerita kami tidaklah sehebat mana pun seperti cerita catatan pengalaman dalam buku Siri Bercakap Dengan Jin hasil nukilan penulis yang terkenal Tamar Jalis, namun setidaknya kami berasa bersyukur juga diberikan peluang dan izin daripada Allah untuk merasakannya sendiri.   Dalam hal ini bukanlah seberapa kecilny...